23 April 2013

Nangka Pelik Seakan Ibu Mendukung Anak

Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.

Abdul Hamid menunjukkan nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya 
di Pekan Kayu Ara Pasong berbentuk seakan ibu yang mendukung anak.

Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.

“Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.

“Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu,” katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.

“Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

“Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya,” katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut.

-Sinarharian

21 April 2013

Tradisi Budaya Pelik Masyarakat Toraja

Seni bina unik dan budaya yang menarik di Tanah Toraja Indonesia. Tanah Toraja dikenali sebagai "tanah raja-raja" atau orang-orang di bahagian selatan Tanah Toraja dipanggil "orang-orang di tanah tinggi di utara".


Tanah Toraja terletak di wilayah Sulawesi Selatan. Ia terletak kira-kira 328 km dari ibukota wilayah Sulawesi Selatan, Makassar, di pergunungan bahagian tengah. Dengan ketinggian 300 sehingga 2880 meter di atas paras laut, Tanah Toraja menggabungkan kesegaran dan kesejukan. Suhu antara 16-28 darjah celsius memberi peluang untuk berehat dan pemulihan.


Budaya Toraja yang tersendiri yang mungkin yang paling terkenal dengan upacara kematian yang pelik mereka, termasuk kematian yang boleh bertahan untuk beberapa hari, diikuti dengan pengkebumian di makam batu.


Kawasan cantik dan kebanyakannya tidak terusik di kampung traditional, seni bina yang unik dan budaya yang menarik. Sebuah pulau budaya, dikelilingi oleh gunung di semua pihak, yang Toraja membuktikan ada kehidupan selepas kematian dengan upacara pelik mereka. Gua kubur, kubur tergantung, tau tau ​​(patung kayu bersaiz sebenar) mengerikan tetapi memukau. Ini adalah dunia kepada dirinya.


Jika anda mahu melihat pengebumian, bulan-bulan terbaik adalah bulan Ogos atau September. Ini adalah apabila orang pertanian kawasan yang mempunyai masa lapang sebelum hujan tiba pada bulan Oktober.

[Sumber]

17 April 2013

Ikan Pelik Menyerupai Wajah Buaya

Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam.


Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.

Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.

Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya.


Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.

Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.

Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.

“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee.

-AFP

15 April 2013

Pelik! Wajah Anjing Menyerupai Manusia

Anda mungkin terkejut melihat wajahnya, anjing dari jenis Poodle-Shih Tzu yang diberi nama Tonik ini memiliki wajah mirip manusia.


Dipetik daripada Petfinder, laman web haiwan yang merawat Tonik, mengatakan bahawa anjing tersebut diselamatkan dari sebuah tempat pembuangan sampah di Kentucky, Amerika.

"Dia (Tonik) boleh hidup dengan anjing lain. Dia juga tidak berbahaya. Tetapi, sebaik-baiknya dia tidak dipelihara disekitar kanak-kanak kecil kerana hal ini boleh membuatkannya keletihan," lapor Petfinder dalam artikelnya yang dipetik New York Daily News.


Bagi mereka yang berminat untuk sama-sama memeliharanya, Petfinder meminta sumbangan dari penderma sebanyak USD 250 (RM750).

-Petfinder.com

13 April 2013

Pokok Pisang Pelik Memiliki Empat Tandan Buah

Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.


Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.

Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.

“Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

-Kosmo

11 April 2013

Pelik! Berperang Selama 300 Tahun Dan Tiada Yang Terkorban

Perang ini luar biasa lamanya, 335 tahun (1651-1986), antara Belanda dan Kepulauan Scilly (southwest coast of the United Kingdom).


Walaupun berperang selama itu, tiada seorang pun tentera yang dilaporkan terkorban!

Namun peristiwa luarbiasa ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah beratus-ratus tahun, akhirnya perjanjian damai ditandatangani pada 1986.

[Sumber]

9 April 2013

Perang Yang Terjadi Gara-gara Seekor Babi Ditembak

Ini bukan perang melawan Flu Babi atau Swine Flu, tapi Perang yang terjadi sebab tertembaknya seekor babi.


Jangan terkejut, tapi itulah keunikan perang ini sehingga disebut Pig War yang terjadi pada tahun 1859 antara Amerika dan Inggeris.

Sebenarnya inti dari perang ini adalah pertikaian perebutan Pulau San Juan, yang ada di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.

Perang Babi, disebut begitu kerana tertembaknya seekor babi. Banyak sebutan pada masa itu; antara lain; Episode Babi, Perang Babi dan Kentang, Perselisihan Sempadan San Juan atau Perselisihan Sempadan Barat laut.

Babi adalah satu-satunya "korban" perang tersebut, dan konflik tak berdarah ini tidak mengalami korban jiwa manusia.

[Sumber]

7 April 2013

Ulat Pelik Yang Boleh Menyamar Seperti Ular

Elephant Hawk Moth (deilephila elpenor) adalah sejenis ulat bulu yang boleh kelihatan seperti ular mengikut keadaan tertentu. Apabila diancam ia akan menarik segmen badannya menyerupai seakan postur ular dengan berkepala besar dan 4 mata yang besar.


Penyamaran yang sangat hebat dan menakutkan..

[Sumber]

5 April 2013

Wanita Makan Sekilo Batu Setiap Minggu

Teresa mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut. Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali.


”Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu saya makan hampir 1.3 kg batu. Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan

”Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya.

Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni. Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.

Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begiu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.

”Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”.

Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya.

[Sumber]

3 April 2013

Anak Lembu Pelik Berkaki Lima

Seekor anak lembu yang berkaki lima dilahirkan di ladang milik Charles Harmel di sini pada 9 Mac lalu.

Gambar yang tidak bertarikh menunjukkan seekor anak lembu yang mempunyai 
kaki kelima di atas badannya di ladang milik Harmel di Burton, Texas.

Seorang pakar pembedahan haiwan, Dr. Lee Panko kemudian membuat pembedahan bagi membuang kaki kelima itu pada Selasa lalu.

Kaki kelima itu terdapat di atas badan dekat kepala haiwan tersebut.

Menurut Panko dari Hospital Veterinar Brenham di Brenham, Amerika Syarikat (AS), ia merupakan kejadian yang jarang berlaku.

Menurutnya, dia tidak pernah menyaksikan anak lembu berkaki lima itu sebelum ini.

-Agensi

1 April 2013

Ganjil Kucing Ini Memiliki 4 Cuping Telinga

Terdapat seekor kucing mempunyai keunikkan tersendiri dan tiada pada kucing yang lain iaitu kucing mempunyai 4 cuping telinga. Kucing ini bernama Yoda dan dilahirkan dengan 2 pasang telinga. Pemiliknya, Valarie dan Ted Rock memelihara Yoda dua tahun yang lalu selepas mengunjungi sebuah bar di Chicago, Yoda diletakkan di dalam sebuah sangkar berdekatan pintu masuk untuk dijadikan tarikan.


Pasangan tersebut kemudiannya meminta kebenaran pemilik Yoda untuk menjaganya dan di bersetuju.

Mereka kemudiannya membuat kajian terhadap kucing yang betelinga empat, dan menurut beberapa pakar haiwan, mereka tidak pernah mendengar tentang perkara tersebut.


“Kami memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Yoda, kerana kami takut dia akan diculik kerana keistimewaan yang dimilikinya,” kata Valarie.

[Sumber]