29 November 2013

Pokok Pelik Seperti Wanita Mengandung

Di Bolivia, pokok ini kelihatan pelik kerana pada bahagian tengah batangnya kelihatan seperti hamil.

Pokok Toborochi berasal dari Amerika Selatan.

Dari legenda dongeng orang-orang terdahulu menceritakan bahawa seorang dewi yang cantik telah bersembunyi di dalam pokok itu untuk melahirkan anak.

Jadi, kuasa-kuasa jahat tidak dapat mencari dan membunuh dewi dan anaknya.

Dan sebab itulah pokok ini kelihatan kelihatan seperti seorang wanita hamil.

Pokok ini mengeluarkan bunga yang indah, berwarna merah jambu, menjadi pokok yang sangat indah dan unik.


-Kisahanehpelik

20 November 2013

Pelik! Akar Pokok Menyerupai Wajah Manusia

Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Pelik! Akar Pokok Menyerupai Wajah Manusia

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Pelik! Akar Pokok Menyerupai Wajah Manusia

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.

-Sinar Harian

18 November 2013

Tradisi Menjerit Pada Pokok Supaya Cepat Mati!

Ada sebuah teradisi unik di kepulauan Solomon iaitu tradisi mejerit kepada pokok yang besar agar mati dan mudah ditebang.

The Solomon Island
Gambar hiasan.

Masyarakat kepulauan Solomon, yang terletak di Kepulauan Pasifik Selatan mempunyai tradisi yang pelik ini dalam usaha membunuh pokok yang besar yang akan mereka tebang.

Jika ada pokok besar yang sukar ditebang dengan kapak maka pohon tersebut akan dijerit sambil dihina beramai ramai.

Jeritan yang dilakukan oleh masyarakat Solomon kepada pokok besar ini adalah agar pokok besar tadi cepat mati dan mudah ditebang untuk diambil kayunya.

Apabila ada sebuah pokok besar yang sukar ditebang, maka penduduk yang mempunyai keberanian tinggi akan menaiki pokok tersebut hingga sampai kepuncaknya.

Orang yang berada di puncak ini akan menjadi pemimpin bagi orang yang ada di bawah pokok yang sudah sedia berkumpul untuk menjerit dan memaki pokok besar tadi.

Kemudian, orang yang ada dipuncak pokok ini akan menjerit sekuat-kuatnya dengan nada menghina terhadap pokok besar ini dan akan diikuti oleh orang-orang yang ada di bawah pokok tadi.

Mereka akan menghina dan menjerit kepada pokok besar ini selama 40 hari berturut-turut dan hasilnya selepas 40 hari pokok besar ini akan mula layu dan akhirnya mati.

Masyarakat Solomon percaya, dengan nada makian dan hinaan yang dijeritkan dengan keras, maka secara perlahan-lahan akan membunuh roh yang ada di dalam makhluk hidup termasuk roh yang ada di dalam pokok besar tersebut.

15 November 2013

Lelaki Kemaruk Mahu Menjadi Seekor Anjing!

Sesetengah orang memang menggemari haiwan, tetapi bagi Gary Matthews, 47, dia mengimpikan untuk menjadi seekor anjing.

Gary Matthews, 47

Matthews yang juga juruteknik teknologi maklumat yang menganggur berhasrat menjadi haiwan berbulu itu jika diberi kesempatan.

Apabila mendapat peluang, biasanya dia akan memakai kostum anjing ketika berada di rumah bersama keluarga dan rakan, selain turut menggelar dirinya dengan nama timangan “Boomer”.

Matthews suka berlari ke sana dan ke mari dengan dua tangan dan dua kakinya seolah-olah dia adalah haiwan empat kaki, makan makanan anjing dalam mangkuk haiwan dan mengejar kenderaan.

Lelaki berketinggian 1.80 meter itu juga gemar tidur dalam rumah anjing di kediamannya. Dia turut memiliki kostum anjing diperbuat daripada kertas, lapor Oddity Central.

Menurut Matthews, dia memang sukakan anjing. Rancangan komedi Disney, “The Shaggy D.A” menjadi pendorong untuknya meniru kehidupan tidak normal itu. Pada mulanya, dia menggelar dirinya “Pongo”, watak anjing dalam “101 Dalmatians”.

Ketika berusia 12 tahun, Matthews menjadi peminat “Here’s Boomer”, siri drama televisyen NBC mengenai anjing yang gemar membantu manusia.

“Saya suka watak Boomer, mengembara melihat bandar baru, bertemu orang berbeza setiap minggu dan membantu mereka menyelesaikan masalah,” katanya.

Gary Matthews, 47

“Malah, saya bercadang untuk merayau dan mengembara apabila habis tempoh persekolahan untuk hidup bersama anjing liar dan menempuh cabaran bersama haiwan itu.

“Saya menonton siri “Here’s Boomer” dan meniru beberapa tingkah lakunya. Apabila saya menyalak, apa yang anda dengar ialah hasil rakaman salakan saya yang dipelajari daripada salakan Boomer. Semuanya membantu saya menjadi anjing yang lebih baik,” katanya.

Keluarga dan rakan sudah biasa memanggilnya Boomer, tetapi Matthews belum mendapat pengiktirafan sah bagi nama itu.

Pada 2010, dia medapat perhatian antarabangsa apabila cubaannya mengubah nama kepada “Bommer The Dog” ditolak hakim kerana ia akan menyebabkan risiko kebajikan awam.

Hakim daerah Allegheny, Ronald W Folino berkata, jika Matthews menyaksikan nahas dan menghubungi talian kecemasan 911, operator mungkin meletakkan telefon dan tidak menghantar petugas penyelamat jika dia memberitahu pihak berkuasa yang namanya ialah “Boomer The Dog”.

Sementara itu, Matthews memberitahu, dia ingin mendapatkan “anjing betina” untuk berkongsi kehidupan dengannya. -Agensi

13 November 2013

Tradisi Pelik Menggangu Pengantin Di Malam Pertama

Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.


Charivari mempunyai definisi "nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama".

Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.

Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.


Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.

Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan 'para pembuli' malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

10 November 2013

Bunga Pelik Menyerupai Wajah Monyet!

Bunga orkid yang unik ini mempunyai keanehannya yang tersendiri. Bunga orkid yang dinamakan, 'Dracula Simia' ini sangat pelik kerana menyerupai wajah seekor monyet.

Bunga Orkid Monyet - Dracula Simia Orchid

Jika diperhatikan, hampir keseluruhan bunga orkid ini betul-betul menyerupai wajah seekor monyet. Orkid monyet ini biasanya tumbuh pada ketinggian hampir 2,000 meter di hutan tenggara Peru dan Ecuador.

Nama saintifik bunga ini adalah Dracula Simia. Dracula bermaksud 'Naga kecil', kerana seolah-olah terdapat dua taji panjang pada bunga ini yang menyerupai seekor naga. Manakala Simia pula adalah istilah yang menjelaskan bunga ini yang menyerupai seekor monyet.

Orkid monyet ini hanya akan tumbuh dalam keadaan cuaca yang redup dalam cuaca yang sejuk.

Dan itulah sebabnya tidak ramai orang berpeluang melihat bunga ini dan kita pula akan merasa pelik apbila disebut bunga orkid monyet.

Bunga Orkid Monyet - Dracula Simia Orchid

[Sumber]

8 November 2013

Ikan Pelik Berjaya Di Tangkap Nelayan Di Miri, Sarawak

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.

Ikan Pelik

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.

Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.

Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan.

-Dailymail