31 January 2013

Pelik! Spesis Ular Yang Mempunyai Dua Tangan

Badannya mirip ular tapi ada dua kaki di depannya. Sesiapa yang pertama kali melihatnya, pasti akan takut dan geli melihatnya.


Binatang reptilia ini adalah satu-satunya yang terdapat di dunia ini. Haiwan yang menyerupai ular ini diberi namanya Ajolote dan berasal dari Mexico.



Hidup di dalam tanah, biasanya kaki depan digunakan untuk menggali tanah.

[Sumber]

30 January 2013

Anehnya Lampu Ini Telah Menyala Selama 1,500 Tahun!

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.


Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

[Sumber]

29 January 2013

Pameran Pelik Mayat Manusia Dan Haiwan Tanpa Kulit

Cologne Zoo pameran kontroversi artis Gunther von Hagens, pameran yang membentangkan hasil 20 karya plasticization.


Doktor anatomi Jerman Gunther von Hagens, yang digelar "Doktor Kematian", menjadi terkenal dengan mewujudkan ukiran mayat manusia dan haiwan, menggunakan proses plastination yang dicipta olehnya.

Proses Plastination dengan membuang kulit mayat yang akan memperlihatkan tisu otot, saraf dan organ-organ dalaman, yang dilindungi dengan bahan-bahan sintetik yang menghalang pereputan tisu.


Dalam karya ini Gunther von Hagens menggunakan sejenis bahan yang menghalang pengeluaran sebarang bau dan tidak mereput dimana semua cecair dan lemak dikeluarkan.

28 January 2013

Ikan Masuk Kedalam Paru-paru Ketika Mandi Sungai

Anil Barela, seorang budak lelaki berusia 12 tahun di India telah menelan seekor ikan sepanjang 9 sentimeter di tepi sungai ketika bermain dengan rakannya.


Setelah menelan ikan hidup itu, Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah kanak-kanak itu juga semakin menurun.

Laporan salah sebuah media menyatakan, ramai kanak-kanak India gemar menelan ikan hidup ketika bermain. Namun kes yang terjadi pada Anil tersangat pelik kerana ia masuk ke dalam paru paru.

Doktor berusaha melakukan pembedahan mengeluarkan ikan tersebut. Mereka mendakwa ikan itu hidup di dalam paru paru Anil, namun dia mati ketika pembedahan tersebut dilakukan.

[Sumber]

27 January 2013

Menu Penyediaan Makanan Paling Kejam Di Dunia

Inilah antara cara penyediaan menu makanan direstoran yang boleh dianggap sangat tidak berperikemanusiaan.

Ikizukuri (Jepun)


Makanan khas Jepun yang menyajikan ikan segar di atas piring dalam keadaan hidup. Di luar masyarakat Jepun, menu ini sangat kontroversi kerana makanan itu dianggap terlalu kejam. Menu ini menyajikan ikan diatas piring dengan tubuh yang sudah dihiris nipis-nipis namun ikan tersebut masih dalam keadaan masih hidup. Menggeliat malah masih berjuang untuk terus hidup di atas piring hidangan.

Ortolan (Perancis)


Nama menunya sesuai dengan sajian yang akan kalian dapatkan jika Anda memesan menu ini. Bahan sajian menu ini diperolehi dari burung Ortolan. Membuatnya cukup mudah, ketika burung ini hanya seberat 2 ons, kedua mata burung ini ditusuk di kedua matanya dan diberi makan secara paksa sehingga berat badannya naik dua ke empat kali ganda.


Selepas itu, burung tersebut dilemaskan hidup-hidup dalam Armagna (sejenis minuman keras). Burung yang sudah mati kemudiannya dipanggang selama 6-8 minit sebelum dijadikan santapan.

Foie Gras (Perancis)


Menu yang ini lebih sadis lagi, dibuat daripada hati (liver) angsa ataupun itik. Untuk menyediakan hidangan ini, itik/angsa terlebih dahulu harus memenuhi syarat tertentu.


Apabila umur itik/angsa telah cukup matang, lalu diberi makan dengan cara memaksa itik/angsa ini menelan jagung yang berlemak hingga hati (liver) haiwan-haiwan ini mengembang 6 kali ganda lebih besar. Setelah itu, barulah hati itik/angsa ini di hidangkan ke meja pelanggan.

Dojo Tofu (Jepun)


Cara memasaknya cukup mudah, rebus air hingga mendidih, masukan tofu hingga tenggelam ke dalam dasar baldi dan masukkan belut-belut kecil yang masih hidup di dalamnya. Belut-belut ini akan berebut untuk masuk ke dalam tofu yang sejuk kerana tidak tahan dengan air yang mendidih.

Hasilnya, sajian ini akan berbentuk seperti keju Swiss yang berlubang-lubang yang terbentuk kerana perjuangan belut-belut kecil yang meronta-ronta menghindari kepanasan air yang mendidih.

Feng Gan Ji (Tibet/China)


Menu masakan yang ini hanya memerlukan ayam segar dan pisau yang sangat tajam serta seorang tukang masak berhati dingin dan kejam. Persiapan untuk menu ini adalah siapkan ayam yang sudah dibelah perutnya hidup-hidup, lalu keluarkan isi perutnya dan digantikan dengan beberapa ramuan herba sebagai penyedap. Setelah itu, perut ayam dijahit semula dan digantung begitu saja di bawah terik matahari sehingga kering.

Huo Jia Lu (China)


Menu makanan ini adalah haiwan yang paling bodoh kepada manusia, keldai. Daging keldai memang sudah biasa menjadi santapan. Namun untuk menyajikan menu ini, menurut panduan memasak kuno dari China, supaya lebih sedap, daging keldai perlu dipotong dalam keadaan hidup, dimasak dan terus disajikan kepada para pelanggan.

Jiao Lu Rou (China)


Hampir sama seperti menu diatas, masakan ini menggunakan bahan yang sama iaitu daging keldai, namun berbeza cara penyajiannya. Keldai akan dikuliti hidup-hidup dan disiram dengan air mendidih pada dagingnya terus-menerus hingga masak. Daging keldai yang telah siap kemudian dipotong untuk segera disajikan.

[Sumber]

26 January 2013

Makanan Paling Pelik Serata Dunia

Ada sesuatu yang pelik dengan dunia yang kita duduki ini kerana ada yang makan sesuatu yang menurut orang kita adalah sesuatu yang menjijikkan tetapi tidak pada yang lain Berikut adalah diantaranya.

Balut (Filipina)


Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya wujud. Kemudian dimasukkan kedalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini digunakan untuk suatu upacara di daerah setempat.

Blood Pudding (England)


Sosej yang dimasak dengan darah, lalu di bekukan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.

Surstromming (Sweden)


Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera. Apalagi rasanya....hmmm

Baby Mice Wine (Korea)


Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.

Scrapple (Amerika)


Inti roti ini adalah semacam agar agar yang dibuat dari bahagian tubuh babi yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk dikeraskan.

[Sumber]

24 January 2013

Angkat Tangan Selama 40 Tahun

Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.


Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva.

Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 40 tahun, dia masih tidak menurunkannya. Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.

Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun.

-Agensi

21 January 2013

Cawan Berbentuk Mangkuk Tandas

Siapa yang berminat nak beli cawan ni? Ada di jual kat Amazon dengan harga $11.99. Grab it now!!


Siapa cepat dia dapat...


Sebelum stok kehabisan.

[Sumber]

20 January 2013

Ikan Pelik Memiliki Gigi Kapak Seperti Manusia

Ikan yang ditangkap seorang nelayan telah menemukan seekor spesis yang sungguh luar biasa di mata normal kita. Masakan tidak ikan tersebut mempunyai fizikal gigi seakan-akan menyerupai manusia biasa.


Pada pandangan pertama tengok gambar ikan ini pun dah hampir nak tergelak.


Ikan pelik ini bukan calang-calang ni, kalau warga emas yang dah tak ada gigi kalau makan ikan pelik ni boleh tumbuh gigi ni, haha, just joking, tapi cool la gigi ikan aneh ni. Korang fikir la sendiri ya. Mari kita lihat gambar pelik ikan bergigi yang ditangkap nelayan ni. Jom!

[Sumber]

19 January 2013

Lelaki Malang Cuba Tipu Syarikat Insuran

Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

 Gambar hiasan

Bagaimanapun, atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian, lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit. Kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans.

Malangnya lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak dan melanggar tubuhnya.

18 January 2013

Adik Mati Terkejut Kakak Hidup Semula

Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua, New York, untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung.


Mayat wanita itu terbujur didalam keranda sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya.

Tiba-tiba wanita tersebut bangun dari keranda dan menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar termasuklah adik perempuannya yang rebah kerana terlalu terkejut dan terus tidak bangun-bangun sehinggalah ke akhir ini!

17 January 2013

Kematian Aneh Akibat Angin Kencang

Ketika Victorio memandu keretanya berhampiran Naples, Itali, angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sungai.


Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Victorio memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai.

Dia terselamat, tetapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya.

Victor mati ditempat kejadian.

Peliknya Garpu Ini Boleh Bercakap!

Kalau di China terkenal dengan makanan yang pelik-pelik, tetapi lain pula di Jepun. Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran yang hebat. Pelbagai alat elektronik, elektrik selalunya yang sangat berkualiti adalah keluaran jepun.


Garfu ini dikatakan boleh bercakap, bagaimana tu? Apabila garfu ini diketuk-ketuk pada makanan contohnya nugget ayam, maka dia akan menyebut sesuatu mengikut jenis makanan itu. Memang unik, rekaan garfu yang boleh menemani kita walaupun semasa makan bersendirian. Kadang kala boleh jadi sesuatu yang lucu dan mampu menghilangkan kebosanan.

Garfu ini sangat unik, setiap sesuatu jenis makanan telah ditetapkan dengan perkataan-perkataan tertentu. Mungkin pelbagai lagi kelebihan yang ada pada garfu unik ini yang saya tidak tahu. Walaupun ianya suatu rekaan yang pelik dan tidak terlalu penting, namun, saya menganggap ianya satu rekaan yang sangat hebat.

[Sumber]

16 January 2013

Satu Kampung Penduduknya Menyerupai Ketam

Di sebuah perkampungan yang terietak di wilayah Dusun Ulutaue, daerah Bone, Sulawesi Selatan, hampir kesemua penduduknya mengalami masalah kelainan fizikal. Tangan dan kaki mereka hanya mempunyai dua jari sehingga kelihatan seperti penyepit ketanm.


Secara normal, manusia dilahirkan dengan dua tangan dan kaki, serta mempunyai lima jari di setiap bahagian berkenaana. Namun bagi penduduk di perkampungan terpencil di Sulawesi Selata itu, perkara tersebut tidak berlaku kerana rata-rata mereka hanya mempunyi dua atau tiga jari di kaki dan tangan.

Sama ada bayi baru lahir, kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa, hampir kesemuanya mempunyai bentuk jari yang sama.

Boleh dikatakan, 90 peratus daripada mereka tidak memiliki tapak tangan. Yang ada hanyalah dua belahan di bahagian hujung jari yang menyerupai penyepit ketam.

Disebabkan kecacatan itu, penduduk di wilayah berkenaan menggelar perkampungan tersebut sebagai kampung manusia ketam.

Difahamkan, kecacatan ini telah melanda penduduk kampung berkenaan bermula sejak lebih dari seabad yang lalu. Ia berlaku secara turun-temurun, iaitu sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan situasi itu masih lagi diwarisi sehingga kini.

Sesetengah penduduk menyatakan, keanehan fizikal tersebut sebagai suatu sumpahan keturunan. Namun, rata-rata mereka pasrah dengan keadaan itu dan menerima seadanya kecacatan yang telah digariskan oleh nenek moyang mereka selama ini.

Bagaimanapun, didalam kampung tersebut terdapat juga segelintir bayi yang dilahirkan tidak mengalami kecacatan 'sumpahan ketam' ini. Tetapi, bilangannya terlalu sedikit dan jumlahnya tidak sampai sepuluh peratus pun daripada keseluruhan penduduk kampung.

Namun, apa yang pasti, walaupun seseorang itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang normal dikampung itu, tetapi mereka masih tetap membawa keturunan gen yang sama. Besar kemungkinan, generasi berikutnya akan turut mengalami masalah ini semula.

Keadaan ini dikatakan akan terus berulang sehinggalah kepada beberapa generasi akan datang.

Sekalipun memiliki keterbatasan fizikal, tetapi warga dikampung berkenaan tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Sebahagian besar daripada mereka merupakan penduduk miskin yang bergantung hidup kepada laut.

Kerana kecacatan itu, penduduk dikampung berkenaan kurang cenderung untuk bergaul dengan dunia luar. Kehidupan seharian penduduk hanya berkisar dikampung itu sahaja dan mereka lebih selesa dengan keadaan tersebut.

[Sumber]

14 January 2013

Seluar Yang Dicipta Menyerupai Otot Kaki

Tidak cukup ciptaan seluar ketat, leggings yang menampakan bentuk kaki si pemakainya. Kini muncul pula seluar yang menampilkan leggings dengan design otot kaki pula. Seperti versi lutsinar pula. Mungkin siapa tahu, design ini akan menjadi popular di masa kelak.


Seluar ini merupakan ilham James Lillis dan dikeluarkan oleh syarikat pakaian Australia, Black Milk. Seluar ini dinamakan "Muscle Leggings".

[Sumber]

13 January 2013

Pertandingan Tarik Tali Menggunakan Telinga

Pertandingan tarik tali mungkin perkara biasa yang pernah kita dengar. Bagaimana pula dengan pertandingan tarik tali menggunakan telinga? Amat jarang kita mendengarnya kerana hanya segelintir masyarakat di dunia ini yang masih mengamalkan sukan tersebut. Sukan tarik tali menggunakan telinga atau lebih dikenali sebagai Ear Pull sering dipertandingkan dalam World Eskimo-Indian Olympics (WEIO). Objektif sukan ini adalah untuk menguji kekuatan peserta dalam menahan sakit.


Dalam pertandingan ini, dua peserta akan berdepan manakala kaki mereka akan terkangkang dan dikunci kait supaya tidak berganjak dari kedudukan asal. Tali sepanjang dua kaki akan disambungkan pada telinga kedua-dua peserta. Jika menggunakan telinga kanan, maka kedua-dua peserta harus menggunakan telinga kanan dan begitu juga sebaliknya. Kemudiannya mereka akan menarik telinga lawan masing-masing sehingga  ada yang mengaku kalah atau tali terputus.


Permainan ini telah dikeluarkan dari beberapa kejohanan sukan Artik kerana bimbang dengan keselamatan peserta. Langkah ini diambil kerana ramai peserta yang memasuki pertandingan tersebut mengalami kecederaan dan pendarahan serius. Ada juga kes dimana telinga peserta harus menerima jahitan.


World Eskimo-Indian Olympics (WEIO) adalah acara tahunan yang diadakan empat hari berturut-turut pada bulan Julai atau Ogos. Ianya diwujudkan bagi memelihara budaya dan kemahiran kaum asli dalam melangsungkan hidup. WEIO menampilkan sukan yang telah berakar umbi dari zaman nenek moyang mereka seperti memburu, dan kemahiran melangsungkan hidup masyarakat asli Amerika. Antara perkara lain yang termasuk dalam acara ini ialah tarian dan pertandingan bercerita.

[Sumber]

12 January 2013

Pelik! Ayam Berkepala Dua

Ayam berkepala dua ini memang wujud cuma tak tahu pula di negara mana. Dan yang lebih peliknya, kepala ayam ini bukanlah seperti kebiasaan bergandingan tetapi satu kepala ditempat biasa dan kepala yang satu lagi pada sebelah ekor.


Memang pelik..

Artwork Pelik Dan Luarbiasa

Li Wei adalah seorang yang berjiwa kreatif. Dia menghasilkan banyak gambar-gambar manipulasi dan tak mudah untuk ditelaah dan tak mudah dengan sekadar pandai menyebut “ala photoshop je tu..".

Menurut Lie Wei, dia banyak menghabiskan masanya untuk memerah otak bagi menghasilkan karya kretif dan pelik mengenai dirinya sendiri.


[Sumber]