28 February 2013

Belut Pelik Di Sangka Makhluk Asing

Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.


Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.

Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.

Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya.

-Kosmo

27 February 2013

Bina Hotel Kerana Pengaruh Kisah Filem Perang Trojan

Ramai antara kita yang tahu kisah Perang Trojan melibatkan tentera Sparta dan Troy, terutamanya selepas epik perang Zaman Gangsa itu difilemkan pada 2004.


Filem Troy arahan Wolfgang Petersen dan dibintangi pelakon terkenal seperti Brad Pitt, Eric Bana, Orlando Bloom dan Diane Kruger itu berjaya meraih kutipan RM1.5 bilion.

Apa yang menarik dalam kisah sejarah itu, apabila tentera Sparta yang gagal membolosi keutuhan benteng pertahanan Troy telah membuat tipu muslihat dengan mencipta patung kuda gergasi untuk diberikan kepada musuh mereka itu.

Tindakan itu untuk memperdaya musuh supaya menyangkakan tentera Sparta telah berundur, sedangkan mereka sebenarnya bersembunyi di dalam patung kuda gergasi itu.

Mungkin terpengaruh dengan kisah Perang Trojan ini, seorang lelaki Belgium, Dominique Noel, mencipta sebuah hotel yang berbentuk seperti seekor kuda gergasi.

Hotel ciptaan Noel itu dikategorikan antara yang paling pelik dan menakjubkan di dunia.

Cuma berbeza dengan kuda Trojan yang menempatkan tentera secara berasa-asak, hotel Noel yang dikenali sebagai La Balade Des Gnomes itu cukup selesa dan dihiasi ukiran dalaman yang menakjubkan.

Selain dapat bermalam di dalam kuda Trojan itu, pengunjung turut berkesempatan tidur dengan 'ikan duyung'.

La Balade Des Gnomes yang terletak di Durbuy, Belgium, dijamin pasti memberikan pengalaman unik kepada pengunjungnya.

Hal ini kerana, hiasan bilik tidurnya berlatarkan angkasa lepas sehinggalah habitat yang lengkap dengan sungai serta ikan emas.

Anda juga boleh berkongsi bilik dengan 'ikan duyung' yang terapung di kolam renang di dalam sebuah perahu.

Menurut Noel yang juga seorang arkitek, dia mencipta hotel itu untuk mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap hidupan semulajadi.

"Ia dibina sepenuhnya menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan sentuhan moden yang sederhana," katanya.

La Balade Des Gnomes pada asalnya dibina untuk melengkapi restoran miliknya, La Gargouille yang terletak bersebelahan.

Sesiapa yang berminat untuk menginap di hotel ini, bayaran yang dikenakan antara 50 pound hingga 125 pound (RM237 hingga RM593) semalam.

-Utusan

26 February 2013

5 Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. Ayuh kita ikuti sebahagian daripada kisah tersebut.


Meninggal kerana janggut. Hans Steininger, merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang. Kerana terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati.

Meninggal kerana menendang peti. Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel, seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee, Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya. Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi yang mengakibatkan kematiannya.

Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler. Pada tahun 1943, seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler.

Meninggal kerana kulit jeruk. Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri. Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan menggunakan tong barrel. Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan, di Selandia Baru. Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah.

Meninggal kerana menahan buang air kecil. Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang Czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan, buang air adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung. Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

[Sumber]

25 February 2013

Peliknya Kucing Ada Bulu Kening

Seekor kucing menjadi popular selepas menarik perhatian para pengguna internet di seluruh dunia. Ini kerana kucing comel bernama Sam ini memiliki 'kening' di atas matanya. Bentuk lucu kening hitam dibahagian mukanya yang putih itu membuat Sam jadi selebriti di dunia maya.


Sebuah akaun instagram milik tuannya itu, menyiarkan wajah kucing comel tersebut dengan bulu di atas matanya bewarna hitam sehingga kelihatan seperti kening.

Wajah kucing yang comel tersebut menyababkan dia menjadi sangat popular hingga ramai yang mengakui menyukai wajah Sam yang kelihatan seperti sedih dan seperti kelihatan terpinga-pinga gara-gara 'kening' yang dimilikinya itu.

Kucing jantan ini dilaporkan tinggal di New York bersama tuannya dan telah memiliki 11 ribu follower di Instagram kerana wajahnya yang kelihatan lucu itu.

Setiap foto yang dimuatnaik ke instagram telah pun berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya seribu Like bagi setiap gambar kucing comel tersebut. Hingga kini sudah ada 48 gambar foto yang di 'upload' ke internet dan mendapat pelbagai pujian dari seluruh dunia.

[Sumber]

24 February 2013

Pokok Kelapa Bercabang Lima Di Port Dickson

Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).


Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.

Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.

“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada media.

Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.

“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.

-Sinar Harian

23 February 2013

Makhluk Pelik Berwajah Monyet

Seorang wanita telah menemui seekor haiwan yang agak ganjil dari segi bentuk fizikalnya. Haiwan yang dikatakan tidak pernah dijumpai ini, ditemui sedang asyik mencuri timun dari salah sebuah rumah di kawasan tersebut.


Sekali pandang mirip seperti kucing pula. Namun bentuk badan fizikalnya sangat besar. Haiwan ganjil dan pelik ini kemudiannya ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya.

-Wootmedia.my

22 February 2013

Lukisan Erotik Purba Berusia 28,000 Tahun

Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara.


Ahli arkeologi, Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun.

"Apa yang membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh Time of India.

Gambar erotik tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Narwala Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut mempunyai lukisan gua zaman purba. Satu-satunya jalan masuk ke kawasan tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar pedalaman Katherine.

Lukisan tersebut kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna merah dan putih sahaja. Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang sedang bersetubuh.

Selain itu, gambar erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut.


Kali pertama ahli arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia sejarah lukisan berkenaan.

"Kami baru sahaja menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000 tahun di sini," ujar Barker lagi.

[Sumber]

21 February 2013

Tradisi Mandi Darah Kambing Di Kazakhstan

Di Kazakhstan terdapat satu ritual pelik iaitu mandi darah kambing yang kononnya bertujuan untuk menjadi alat penyembuhan.


Tidak la pula diketahui penyembuhan untuk apa, namun ritual yang diamalkan kelihatan agak memualkan kerana darah kambing yang disembelih akan disiram keatas tubuh individu berkenaan.


Macam-macam..

11 February 2013

Anak Yang Dipelihara Anjing Sehingga Berusia 3 Tahun

Kisah tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.


Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui.

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.

Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.

[Sumber]

10 February 2013

Kisah Pelik Lelaki Berbulu Dari Hutan

Seorang budak lelaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.


Akhirnya dia berjaya dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilakuan seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan dia tidak boleh bercakap.

Setelah dipindahkan ke England, beliau diberi nama 'Peter The Wild Boy'.

Walaupun beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik, rajin bekerja dan hidup sehingga tua.

[Sumber]

9 February 2013

5 Tahun Sebelum Sedar Kepalanya Ditembak

Seorang lelaki Jerman tidak disebutkan namanya tidak menyedari bahawa dia telah ditembak di kepala pada malam tahun baru 2004 sebab sangat mabuk.


Lelaki itu baru menyedari sebuah peluru kaliber 0.22 tertanam di kepalanya pada 2009. Itu pun secara tidak sengaja ketika berjumpa dengan doktor kerana sakit perut.

Dia mengakui pada malam itu kepalanya seperti dihentam hentam benda keras, namun dia berfikir bukan sesuatu yang sakit.

[Sumber]

8 February 2013

Pelik! Kembar Tiga Yang Berjarak Usia 11 Tahun

Ini mungkin peristiwa paling aneh sedunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd.


Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu.

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya.

Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.

[Sumber]

7 February 2013

Pelik! Makhluk Ganjil Ditemui Di Lautan Atlantik

Sungguh banyak penemuan makhluk pelik ditemui di seluruh dunia. Penemuan seperti ini menunjukkan bahawa terdapat banyak hidupan di dunia ini yang masih belum dikaji sepenuhnya.


Kewujudannya mungkin tidak disedari kerana dek kepupusan ataupun sukar didapati atas faktor sesuatu tempat. Gambar di bawah ini juga, sempat dirakamkan ditemui oleh sekumpulan ekspedisi di sana.


Makhluk yang aneh, mengerikan dan tak dikenali ditemui ketika ekspedisi Amerika di Antartika pada kedalaman 675 meter.


Makhluk ini menyerupai lipan, tetapi ia mempunyai rahang yang panjangnya sekitar 2 cm.


Hingga sekarang haiwan ini masih dalam kajian.

[Sumber]

6 February 2013

Pelik! Lelaki Makan Bangkai Haiwan Sejak 60 Tahun Lalu

Bangkai haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 75, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.


Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.

Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan. Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.


Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.

Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.

“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.”

“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.

Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.

“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.

Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain. Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.

“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.

Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.

Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.

Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.

“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.

Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.

Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?

“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.

[Sumber]

5 February 2013

Pokok Aneh Yang Memakan Daging Manusia

Pada 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan salah satu puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan menyerahkan kepada pokok gergasi yang aneh untuk dijadikan korban!

Ilsutrasi kisah Carl Liche mengenai pokok gergasi.Orang Asli Mkodo 
di Madagascar serahkan anak gadis kepada tumbuhan aneh sebagai korban.

Dia melihat bagaimana ahli kumpulan itu mengelilingi gadis terbabit sambil menujah lembing tajam ke arahnya dengan niat memaksa wanita malang itu memanjat tumbuhan gergasi berkenaan. Tidak seperti tumbuhan biasa, pokok aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu.

Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan. Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak. Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit lantang bagi menzahirkan ketakutan yang teramat.

Sebaik sahaja kisah menyeramkan itu dipaparkan didalam akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu. Lebih membingungkan adalah kisah berhubung tumbuhan misteri yang memakan manusia tidak tertera menerusi kisah berkenaan saja tetapi turut didapati dalam pelbagai kisah legenda di beberapa negara lain antaranya di Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pokok Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui wujudnya pokok aneh itu.

Beberapa kenyataan pengesahan itu semakin membingungkan ramai pihak. Fakta yang diketahui ramai adalah tumbuhan tidak mampu bergerak secara bebas dengan sendirinya, apatah lagi untuk memakan dan menelan hidupan lain.

Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu, satu pencarian yang memakan masa bertahun-tahun dijalankan. Penemuan mengejutkan itu menyebabkan penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’.

Kajian mendapati, tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrien. Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka. Tumbuhan itu dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ dan juga ‘nepenthes’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus untuk dimakan. Namun, pencarian itu tidak menemui sedikitpun bukti tumbuhan karnivor yang mampu memakan manusia.

Tanpa penemuan memberangsangkan, penyelidik termasuk penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti yang tertera didalam akhbar South Australian Register itu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui di situ malah pengembara Jerman bernama Carl Liche juga didapati tidak pernah wujud di dunia ini.

[Sumber]

4 February 2013

Cabut Gigi Depan Kononnya Supaya Lebih Tampan

Di Afrika Selatan, anda akan di kategorikan sebagai lelaki kacak, macho dan maskulin sekiranya anda berani membuang gigi hadapan dan dibiarkan begitu sahaja..Trend tersebut dikatakan terkenal dikalangan remaja lelaki masa kini yang mahu kelihatan kacak, tampan dan menjadi idaman wanita walaupun dikatakan trend sebegitu telah bertahan sejak hampir 60 tahun lamanya.


Budaya pelik yang masih diteruskan dikalangan remaja lelaki di Afrika Selatan ini sebenarnya sudah terkenal dan bertahan sejak lebih daripada 60 tahun lalu..

Lelaki yang membuang gigi hadapan ini dikatakan layak dikategorikan sebagai seorang lelaki yang benar-benar kacak dan maskulin.

"Ini adalah fesyen, semua orang melakukannya," ujar Yazeed Adams yang berusia 21 tahun. Dia kelihatan tampan dengan mengenakan gaya pakaian dan topi ala hip hop dengan 'penampilan' gigi hadapannya yang lompong itu..


Seorang pengkaji dari University of Cape Town melakukan kajian tentang budaya unik dan pelik ini yang disebut sebagai Cape Flats Smile. Jacqui Friedling mendapat kesimpulan bahawa fenomena ini dipercayai berlaku hasil dari tekanan dari rakan sebaya dan gangsterism di Afrika.

Trend ini pada mulanya dipelopori oleh suku kaum yang tinggal di pedalaman sebelum ramaja-remaja moden yang tinggal di Cape Town turut melakukannya untuk kelihatan lebih maskulin dan kacak.

Jangan terkejut sekiranya doktor-doktor gigi di sana dikatakan mengaku mendapat permintaan untuk mencabut gigi depan hampir setiap minggu oleh lelaki yang mahu kelihatan kacak kerana dikatakan fenomena pelik itu mampu untuk menarik perhatian wanita!

[Sumber]

2 February 2013

Pelik! Wanita Ketagih Makan Bulu Kucing

Seorang wanita, Lisa memiliki tabiat makan yang pelik. Wanita berusia 43 tahun ini mengaku ketagih memakan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.


Lisa telah mendedahkan keunikan dirinya dalam acara popular TLC musim ini. Dia memperolehi bulu kucing dengan mengumpulkan bulu kucing yang bertaburan di apartment menerusi kucing yang dia pelihara.

Dan yang paling pelik lagi adalah, Lisa mengaku bahawa menjilat kucing rasanya lebih enak daripada memakan bulu kucing.

Meskipun begitu, Lisa membuat pengecualian untuk tidak menjilat kaki dan bahagian dubur kucingnya. Lisa memakan segulung bulu kucing setiap 2 jam.

[Sumber]

1 February 2013

Makanan Pelik-pelik Dipasar China

Jom skodeng makan pelik yang terdapat di pasar China. Disarankan kepada sesiapa yang ada perasaan cepat geli tu tak payah tengok kot.


Sebab bukan saja geli tapi jijik! Tak faham macam mana mereka boleh makan makanan macam ni.

[Sumber]