30 March 2013

Penemuan Pelik Belut Berwarna Merah Di China

Kebiasaannya kita selalunya melihat belut berwarna hitam coklat. Namun begitu, di China terdapat seekor belut yang berwana merah darah berjaya ditemui.

Kisah difahamkan, penemuan itu bermula apabila lelaki tersebut pergi memancing di sebuah sungai. Tiba-tiba umpanya mengena dan bergerak. Sangkaan awal dirinya adalah seekor ikan. Namun dia terkejut apabila mendapati ia adalah spesis belut yang berwarna merah.

Penemuan ini telah menggemparkan penduduk setempat. Pakar perikanan memberi amaran agar belut itu tidak dimakan, di khuatiri belut itu ada mengandungi unsur berbahaya bagi tubuh manusia. Kini belut pelik itu ada dalam peliharaan Chen sekeluarga.

[Sumber]

27 March 2013

Wanita Lebih Rela Berkahwin Dengan Babi Hutan

Seorang wanita yang dikenali sebagai Mary Cooper, 29, telah bertindak pelik apabila saya membuat babi hitam sebagai suami untuk membenarkan babi untuk tidur di atas katilnya. Babi telah dinamakan Dinky.


Mary bekerja sebagai guru muzik di sekolah, kata dia jatuh cinta dengan babi hitam pada pandangan pertama, sebelum bertindak untuk mengahwininya.

“Saya membeli babi tahun lepas. Dinky babi adalah lucu dan menghiburkan,” katanya.


Di samping babi hitam, Maria juga mempunyai 16 lain haiwan peliharaanya. Dinky adalah haiwan yang paling disayangi apa begitu bersedia untuk tidur dengan katil.

[Sumber]

26 March 2013

Pokok Pinang Pelik Berwajah Manusia

Agaknya fenomena alam aneh dan unik semakin banyak dijumpai didunia ini. Kadang kala sukar untuk kita mempercayai, ada yang boleh dipercayai dan ada juga tidak. Namun banyak juga yang menganggapnya sebagai hal mistik atau ghaib yang susah dihuraikan.


Baru baru ini ditemukan fenomena unik yang benar benar luar biasa iaitu ada sebatang pokok pinang yang salah satu bahagiannya muncul mirip sekali dengan wajah manusia, terutama seperti bahagian mulut dan hidung, dimana bentuk bibirnya benar-benar mirip bibir manusia.Yang unik lagi adalah bentuk wajah itu setiap harinya konon selalu berubah ubah.

Menceritakan lebih lanjut kejadian unik tersebut ada di kota Bau-Bau Sulawesi Tenggara sejak 21 September 2010 lalu. Sebuah pohon pinang muncul wajah yang mirip dengan wajah manusia tepatnya di pelepahnya. Pokok pinang tersebut tumbuh di halaman seorang penduduk yang bernama Rahman yang terletak di daerah Jembatan Tengah.


Menurut saksi dan penduduk setempat menyatakan jika wajah yang terdapat pada pelepah pokok pinang tersebut setiap hari boleh berubah bentuknya.Bahkan pada 23 September 2010 wajah manusia yang nampak pada pokok pinang tersebut sudah mulai nampak jelas bentuk matanya dan mulutnya.

Menurut Rahman tuan rumah pemilik pokok pinang tersebut, malam hari sebelum munculnya wajah tersebut dia mendengar suara seperti tangisan dari arah pokok pinang itu,dan keesokan harinya muncul wajah di pelepah pinang tersebut.

Menurut Pak Abdul Jalil seorang paranormal yang tinggal di kawasan Kanakea Bau-Bau menyatakan bahawa wajah yang muncul pada pokok pinang tersebut adalah kewujudan dari jin yang telah sengaja “dibuang” oleh seseorang pada pokok pinang itu. Sejak penampakan wajah pada pokok pinang itu.

Bagaimanapun fenomena alam ini, apakah bentuk kekuasaan dan kebesaran dari Tuhan Yang Maha Kuasa,atau sebagai hal lumrah yang boleh saja terjadi dimanapun, tentu iman yang ada dalam hati kita masing-masing yang mampu menjawabnya.

[Sumber]

25 March 2013

Wanita Jual Kentut Di eBay

Ramai orang yang memanfaatkan eBay untuk berdagang barangan koleksi dan keperluan hinggalah ke barang yang sukar ditemui tapi yang peliknya, seorang wanita dengan nama akaun kbug1978, menjual kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di dalam eBay..


Mungkin anda tertanya-tanya apa kebaikan atau manfaat kentut wanita ini sehingga dijual di eBay. Namun yang pasti, benda ini memang benar-benar dijual oleh seorang wanita.

Dia menjual produk yang sangat unik.

"ini adalah kentut yang amat segar yang ditulis pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan.. saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera.. anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50"

Itulah penjelasan item ini di eBay.. macam-macam ragam manusia.

-waazin

Edited by: SP

24 March 2013

Pelik! Pisang Keluarkan Jantung Selepas Di Tebang

Seorang suri rumah menetap di Kampung Rhu Rendang, Marang, bukan sahaja terkejut, malah pokok pisang yang ditebang suaminya lebih sebulan lalu turut menarik perhatian penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu.


Menurut Wook Abu Bakar, 59, batang pisang di belakang rumahnya yang ditebang itu kini mengeluarkan jantung pisang semula dan mula menyedari kejadian pelik tersebut ketika hendak membuang sampah di bahagian belakang rumahnya.

“Pada mulanya saya ingatkan batang pisang tersebut mengeluarkan pucuk, tetapi apabila diamati didapati jantung pisang yang keluar dari batang pokok pisang itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Wook mengakui, jika cerita tersebut tersebar kalangan penduduk kampung, sudah pasti ramai yang akan datang untuk melihat sendiri kejadian aneh tersebut namun berharap orang ramai tidak mengaitkan kejadian itu dengan cerita bukan-bukan.

Menurut ibu enam anak itu, sebelum ini, pokok pisang tersebut tidak mengeluarkan buah menyebabkan suaminya mengambil keputusan untuk menebang pokok itu lebih sebulan lalu dan kini ia mengeluarkan jantung pisang pula.

Sementara itu, seorang ahli agama yang enggan namanya dikenali ketika dihubungi Sinar Harian turut menasihati orang ramai supaya tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara yang boleh menjejaskan akidah mereka.

“Saya bersetuju dengan pendapat suri rumah terbabit agar tidak mengaitkan kejadian itu dengan cerita yang bukan-bukan kerana kejadian itu adalah kuasa ALLAH SWT, yang pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinarharian

23 March 2013

Kisah Aneh Bayi Telah Mati Tumbuh Rambut Dan Gigi

Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun dari bayi ini masih saja tumbuh rambut, gigi juga kuku. Aneh bukan?


Ceritanya bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.

Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.

Pada paginya si ibu pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.

Setelah sampai perkuburan bayi mereka, maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.


Hingga sekarang si ibu bayi tersebut masih lagi sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.

[Sumber]

22 March 2013

Ikan Mati Tersepit Didalam Batu

Orang kata, ulat dalam batu pun boleh hidup apatah lagi manusia. Namun pernahkah kita melihat ikan dalam batu? Bunyinya macam pelik bukan? Itulah hakikatnya yang berlaku apabila ikan-ikan ini telah mati akibat dek kemarau yang melampau.


Bayangkanlah air sungai tersebut kering kontang tanpa ada sebarang kehidupan di situ. Jadi tidak hairanlah jika ada ikan yang boleh terselit dalam batu tersebut.

Keadaan iklim yang panas melampau dan kurangnya kadar hujan di sesuatu kawasan merupakan faktor yang sering menyebabkan kemarau.


Bagi satu kawasan di China ini, keadaan kemarau yang panjang dan teruk telah menyebabkan air tasik yang menjadi sumber air mereka kering dengan mendadak dan menyebabkan banyak hidupan air terutamanya ikan mati dan melekat dalam mendapan lumpur yang telah mula mengering.

[Sumber]

18 March 2013

Buaya Pertama Dunia Menggunakan Ekor Palsu

Mr Stubbs menjadi buaya pertama di dunia mendapat ekor tiruan selepas ekornya kudung digigit oleh buaya lain dalam satu pergaduhan.


Dengan mendapat ekor tiruan itu, ia memboleh buaya yang diberi nama Mr Stubbs kembali berenang dalam air.

Pembedahan menyambung ekor tiruan itu yang dibuat dengan campuran getah dan silikon itu dijalankan di Herpetological Society di Phoenix, melibatkan kos berpuluh ribu ringgit.

Menurut anggota Herpetological Society, Russ Johnson, Mr Stubbs masih muda ketika binatang berkenaan terlibat dalam pergaduhan dengan buaya lain, menyebabkan ia menjadi mangsa.

“Ekor umpama nyawa kepada seorang buaya, tanpanya ia tidak boleh berenang dan bergerak dalam air,’’ katanya.

Menurut Johnson, Mr Stubb ditemui bersama 32 buaya yang lain dalam sebuah trak ketika trak berkenaan yang dalam perjalanan ke Arizona ditahan pihak berkuasa.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Herpetological Society yang mempunyai 1,500 binatang reptilia.

“Apabila kami meletakkan Mr Stubb dengan buaya lain, kami dapati ia tidak boleh masuk ke dalam air yang dalam,’’ katanya.

Menyedari binatang itu memerlukan ekor baru, maka sepasukan pakar reptilia diketuai Justin Georgi, dari Center for Orthopedic Research and Education telah dipanggil bagi membantu.

Acuan ekor tiruan itu dibuat sama saiz dengan buaya sebaya Mr Stubbs.

“Salah satu perkara menarik mengenai Mr Stubbs ialah ia dapat membiasakan diri dengan cepat, dengan ekor tiruan berkenaan dan mula bergerak dan berenang seperti buaya normal yang lain.

“Sepanjang tempoh 60 tahun umurnya, Mr Stubbs memerlukan penggantian ekor tiruan sebanyak 40 kali,’’ kata Johnson.

-Daily Mail

13 March 2013

Wajah Bayi Muncul Diperut Ibu

Seorang ibu mengandung terkejut melihat wajah bayinya yang muncul tiba-tiba di perutnya. Hal itu tiba-tiba membuatnya khuatir akan keadaan bayinya itu.


Karen McMartin dan suaminya David tidak percaya apabila melihat bentuk wajah yang menonjol dari dalam perut Karen yang sedang hamil.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu 7 Mac pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Pasangan suami isteri ini bimbang kalau kejadian aneh itu seperti yang berlaku dalam filem fiksyen horror Alien yang terkenal pada 1979.

Seperti diketahui, ada adegan di mana terdapat telur alien dalam perut pelakon utamanya.

Namun, beruntungnya bentuk wajah yang muncul itu hanyalah bentuk dari pusat Karen dan tanda parut di perutnya yang ketika itu kelihatan seperti hidung dan mulut ketika bayinya sedang bergerak.

-Tabekpuang.blogspot.com

6 March 2013

Sotong Kurita Berwajah Pelik

Seekor sotong kurita pelik berwajah manusia telah ditemui oleh seorang nelayan dari kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat.


Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita.

Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

-Melayukini.net

3 March 2013

Ketagihan Memakan Pewangi Ketiak

Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.


Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian.

Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya.

Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya.

–Agensi

2 March 2013

Pokok Pisang Pelik Seperti Orang Mengandung

“Saya terkejut apabila melihat satu daripada pokok pisang emas yang ditanam berbuah di batangnya dan kelihatan seperti sedang mengandung,” kata seorang pencuci bangunan selepas melihat kejadian aneh itu di rumahnya di Kampung Tanjung, Jeram di sini.


Siti Aishah Ibrahim, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas membersihkan dan menebas semak samun di sekitar kawasan rumahnya pada petang Ahad lalu.

“Tidak sangka pula petang itu saya akan menjumpai buah pisang yang keluar di batangnya seperti orang mengandung iaitu pada pokok pisang yang ditanam oleh arwah ibu lebih setahun lalu.

“Sejak setahun lalu, pokok terbabit telah mengeluarkan tiga kali hasil namun ini merupakan kali pertama ia keluar di batang seakan mengandung dan tidak berlaku pada pokok pisang yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Aishah berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat menebang pokok itu kerana mahu menunggu keseluruhan hasilnya.

“Saya tidak akan tebang dan mahu melihat apa akan terjadi seterusnya kerana ia juga berbuah dalam keadaan menaik dan bukan menurun seperti pisang yang lain.

“Kami sekeluarga bersyukur diberi peluang melihat perkara aneh tetapi benar seperti ini dan berharap menerima rezeki daripada Tuhan,” katanya.

[Sumber]

1 March 2013

Aneh! Batu Yang Menghisap Rokok

Batu yang ditemukan oleh warga China bernama Luo Yuanshui dari Provinsi Fujian, sangat aneh. Batu itu boleh menghisap rokok sama seperti manusia.


Pada awalnya, penduduk menyangka bahawa batu berwarna coklat dengan bentuk yang tidak terstruktur itu adalah bongkahan batu biasa. Namun batu itu boleh menghisap rokok hingga habis selama lima minit.

Luo sempat cuba memberikan batu itu beberapa rokok yang dihidupkan dan ukuran yang berbeza. Dan batu seberat 2.2 kilogram itu terus menghisapnya hingga habis.

Lelaki China itu menemukan batu perokok itu di Gunung Shangyou. Lou sendiri mengaku tidak sedar menemukan batu itu kerana dirinya hanya ingin mencari lubang untuk meletak rokoknya buat sementara. Luo tak sedar memasukkan puntung rokoknya ke sebuah batu dan rokoknya mendadak habis seperti sedang dihisap.

Luo mendemonstrasikan kehebatan batu itu di depan penduduk lainnya. Para penduduk yang mengunjungi kediaman Luo juga terkejut dengan keanehan batu misteri itu.

-DM