26 May 2013

Strange Rock Batu Gergasi Pelik Yang Sangat Pelik

Pernahkah anda melihat batu besar berada di atas batu yang lain dalam keadaan seimbang? Mungkin pernah mungkin tidak.


Batu ini yang dipercayai batu gergasi dikatakan paling seimbang di dunia. Siapa berani duduk di tepi batu tersebut. Silap-silap kena hempap pula.

Terdapat kejadian semula jadi tertentu di dunia yang membuatkan kita semua menggaru kepala. Salah satu keajaiban alam semula jadi itu ialah Kummakivi, pembentukan geologi yang terdapat dalam hutan tebal Finland.

Pemandangan misteri batu gergasi yang paling seimbang dan luar biasa di atas sebuah batu licin.

Namun, sehingga kini masih tiada penjelasan saintifik bagaimana batu itu, yang diberi nama sebagai “strange rock” dalam Finland, dalam kedudukan yang membingungkan, yang kelihatan sangat luar biasa.

Sesetengah cerita rakyat Finland menerangkan lokasi ganjil batu gergasi dengan mengatakan bahawa Trolls (atau gergasi) membaling atau meletakkan batu itu di sana.

-Fuh.my

23 May 2013

Mata Wanita Buta Boleh Melihat Jika Dia Menyanyi

Semakin lanjut usia seseorang maka fungsi tubuhnya akan semakin menurun, tak terkecuali fungsi penglihatan dan pendengaran. Namun pekara aneh terjadi pada seorang nenek yang berasal Wrexham, United Kingdom. Moira Gleed menghidap penyakit yang jarang berlaku yang membuatkannya tidak boleh membuka matanya, kecuali ketika bernyanyi.


Penyakit yang jarang berlaku yang dialami Gleed disebut sebagai focal Dystonia atau gangguan saraf yang mempengaruhi otot-otot di sekitar mata dan menyebabkan kelopak mata tertutup dengan sendiri, tapi masih boleh berkerut dan berkelip.

Gleed menghabiskan seumur hidupnya dalam kegelapan hinggalah pada suatu hari ketika dia mencari cara untuk meredakan keadaannya, walaupun hanya sementara, iaitu menyanyi.

"Pada mulanya, kedua-dua mata saya berwarna merah, radang, gatal dan pedih. Kemudian saya mula menyedari kelopak mata saya tertutup dengan sendiri. Saya tak tahu bagaimana menggerakkannya, kecuali jika saya mengangkatnya dengan jari-jari saya," ungkap Gleed.

Menurut Gleed, keadaan ini mengganggu hidupnya kerana dia telah kehilangan pekerjaan sebagai penasihat kerjaya, malah dia tidak boleh memandu keretanya sendiri.

Keajaiban datang pada suatu hari ketika Gleed berlatih menyanyi. Dia menyanyi dengan sepenuh hati dan tiba-tiba dia boleh melihat jurulatihnya.

"Kedua-dua mata saya terbuka!" katanya.

Sebelum ini Gleed berjalan dengan menggunakan tongkat dan cerminmata hitam.

"Mata saya sangat sensitif terhadap cahaya terang. Pada mulanya saya tak mengendahkannya tapi kemudian setelah terkena cahaya itu mata saya mula terasa pedih dan kering.

Saya telah berjumpa dengan doktor pakar mata dan mereka mengatakan saya mengalami radang mata. Ubat-ubatan yang diberikan kepada saya juga tidak memberikan apa-apa kesan," katanya.

Pelbagai ubat juga telah dicuba oleh Gleed namun tidak juga memberikan sebarang kesan. Beberapa diantaranya adalah ubat-ubatan yang dijual di farmasi hingga suntikan botoks yang harus digunakan setiap 10 minit untuk menenangkan otot-otot di sekitar matanya.

Gleed menambah, sepanjang hari dia merasakan seperti ada pasir di dalam kedua-dua matanya dan rasanya kering sepanjang masa. Matanya juga tak dapat dibuka dan tertutup sepenuhnya sehingga menambah kesakitan yang dirasakan Gleed. Namun gejala ini tidak berlaku apabila Gleed menyanyi.

Untungnya, Gleed telah menemui cara untuk mengatasi masalah itu, iaitu hobinya selama ini iaitu menyanyi.

"Mennyanyi juga membuatkan saya melupakan masalah peribadi untuk sejenak. Walaupun sebenarnya agak aneh kerana ketika saya berhenti menyanyi, mungkin pada masa intro atau rehat piano, mata saya menutup tapi apabila saya mula menyanyi ia akan terbuka kembali," ujarnya.

Focal Dystonia adalah salah satu dari jenis penyakit yang jarang berlaku yang menyerang sekurang-kurangnya 70,000 kanak-kanak dan orang dewasa.

"Dystonia adalah gangguan neurologi dimana otak menghantar isyarat yang salah sehingga menyebabkan otot-otot yang menerima isyarat itu menjadi terlalu aktif. Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh yang berbeza, termasuk membuatkannya lumpuh atau menyebabkan kesakitan jika digerakkan,".

[Sumber]

19 May 2013

Pertandingan Pelik Mencari Cacing

Satu pertandingan mencari cacing telah diadakan di Willaston, berhampiran Nantwich, Cheshire dan telah menjadi lokasi untuk Kejohanan Dunia tahunan.


Tradisi ini sangat pelik, kerana peserta perlu memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan.

Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai kawasan memburu seluas 3 meter persegi sahaja. Peserta juga dibenarkan bermain muzik atau apa saja untuk menarik perhatian cacing supaya keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.

Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.

Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich.


Dia memperkenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980, dan ketika itu dia berjaya mendapat 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.

[Sumber]

17 May 2013

Tradisi Pelik Laga Kepala Manusia

Bagi warga Bima, Nusa Tenggara Barat, musim menuai adalah waktu yang membahagiakan. Bagi mereka perayaan musim menuai ini dilakukan dengan sebuah tradisi unik yang disebut Entubu. Entubu adalah tradisi laga kepala manusia.


Tradisi entubu atau laga kepala ini merupakan tradisi peninggalan nenek moyang warga Bima di Pulau Sumbawa. Tradisi ini hanya ada di daerah dataran tinggi Kecamatan Wawo dan hanya boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu yang sudah dibekalkan ilmu kesaktian atau dari keturunan prajurit Kesultanan Bima.

Tidak menghairankan memang jika para peserta tergolong dari orang kuat dan nekad. Tanpa rasa sakit mereka melagakan kepala satu sama dengan yang lain. Dalam ritual entubu ini para peserta yang jumlahnya empat hingga enam orang diiringi oleh muzik khas warga Bima dan seorang penyanyi hikayat perempuan yang dengan suara khasnya membacakan mantra-mantra.

Gerakan memans badan sebelun acara di lakukan

Sebelum melakukan ritual entubu, para peserta yang dipimpin oleh seorang dalang atau pemuka terlebih dulu dibekali ilmu kesaktian oleh si dalang. Seperti orang kena rasuk, mereka yang sudah dibekalkan ilmu ini lantas menari-nari mencabar lawannya untuk beradu kepala.

Kasim salah seorang pemandu atau dalang mengungkapkan, untuk melakukan upacara entubu ini ia terlebih dulu harus berpuasa sehingga tiga hari untuk mengetahui waktu dan mendapatkan kesaktian bagi para pengadunya.


Tradisi entubu yang unik ini memang sudah jarang dilakukan dan jarang ditemui lagi di bandar Bima. Namun belakangan ini, Pemuda setempat menaikkan kembali tradisi ini dikembang dan dilestarikan dengan membina beberapa sanggar kesenian .

[Sumber]

15 May 2013

Pertandingan Sendawa Paling Kuat

Kebanyakan negara yang bertamadun telah lama menganggap sendawa merupakan salah satu perkara yang paling memalukan yang boleh dilakukan di khalayak ramai.


Sekarang, Persekutuan Sendawa Dunia, di Geneva, cuba untuk menukar pendapat rakyat, dan percubaan pertama mereka adalah edisi pertama Kejohanan Sendawa.

Diadakan di New York City, Kejohanan Sendawa pertama tahunan ini mempunyai pesaing dalam jumlah yang besar. Peserta akan disediakan dengan air berkarbonat yang banyak dan meminumnya untuk menghasilkan sendawa terpanjang dan sendawa yang mempunyai desibel yang tinggi.

Saksikan video menarik ini:



[Sumber]

13 May 2013

Makhluk Misteri Menyerupai Babi Di New York

Sekali pandang ia memang mirip seperti seekor khinzir. Namun ada juga yang menafikan kerana bentuk fizikal yang sangat aneh.


Penemuan haiwan ini telah menimbulkan satu misteri di mana tidak tahu apakah sebenar spesis makhluk ini. Makhluk ini telah ditemui di bawah sebuah jambatan Brooklyn, New York.

Heboh Diperkatakan sebagai Monster Manhattan, makhluk binatang misteri mengerikan dengan wajah yang cacat, mempunyai muncung dan lima jari pada setiap kaki, terdampar di bawah Jambatan Brooklyn, New York yang membingungkan penduduk.


Jurugambar amatur Denise Ginley terkejut melihat bangkai menjijikkan berwarna merah muda ketika ia sedang berjalan di East River, pelbagai teori konspirasi apakah itu adalah tikus air raksasa atau seekor babi atau mungkin seekor anjing.

[Sumber]

11 May 2013

10 Bangunan Paling Pelik Di Dunia

Pada asalnya manusia zaman batu tinggal di dalam gua sebelum mereka mendapat ilham untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti pokok, tanah liat dan sebagainya untuk membina rumah.


Sehinggalah konkrit dicipta di mana bahan ini membolehkan manusia untuk membina perlbagai bentuk bangunan memandangkan sifatnya yang mudah dibentuk mengikut acuan masing-masing.

Di disini ditampilkan 10 bangunan pelik dari seluruh dunia.

The Crooked House


Bangunan ini dinamakan "The Crooked House".Bangunan ini mula dibina pada Januari 2003 dan siap pada Disember 2003.

Reka bentuk rumah ini diilhamkan berdasarkan lakaran dan lukisan yang dilukis oleh Jan Marcin Szancer (Seorang pelukis terkenal berbangsa Polish dan juga merupakan seorang ilustrator buku kanak-kanak) dan Per Dahlberg (Seorang pelukis jalanan berbangsa Sweden di Sopot).

Hundertwasser House “Waldspirale”


Bangunan ini pula adalah Hundertwasser House “Waldspirale” (”Forest Spiral”;). Ia dibina di Darmstadt antara tahun 1998 dan 2000. Diilhamkan oleh arkitek dan pelukis terkenal,Friedensreich Hundertwasser.

Ideal Palace


Ideal Palace atau Istana idaman di France. Cheval memulakan pembinaan istana ini pada bulan April 1879. Cheval menghabiskan masa selama 33 tahun untuk membina istana ini. 2 dekad yang pertama dihabiskan hanya untuk menyiapkan bahagian luar istana. Istana ini diinspirasikan daripada kitab Bible dan mitologi Hindu.

The Basket Building


Bangunan bakul atau "the basket building" merupakan pejabat bagi "The Longaberger Basket Company" di Newark,Ohio. Bangunan ini mungkin merupakan pejabat paling pelik di dunia.

Bangunan yang bersaiz 180,000 kaki persegi ini memakan kos sebanyak 30 juta US Dollar dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya.

Kansas City Public Library 


Perpustakaan awam Bandar Kansas atau lebih dikenali sebagai "Kansas City Public Library". Jangan terkejut apabila saya katakan bahawa rekaan ini sebenarnya rekaan luar bagi garaj parking sahaja untuk pengunjung Perpustakaan Awam Bandar Kansas.

Wonderworks Orlando Amusement Park


Dengan hanya menuju bahagian selatan selepas melewati Universal Studios dan Sea World di Orlando, anda akan dapat melihat bangunan pelik ini.

Bangunan ini merupakan Taman Permainan Wonderworks Orlando atau "Wonderworks Orlando Amusement Park".

Bangunan yang terletak di Florida ini menyediakan pelbagai taman tema di dalamnya untuk keseronokan pengunjung yang hadir.

Rumah Kubik Di Helmond


Idea asal bagi rumah kubik ini timbul pada tahun 1970-an. Piet Blom telah membina beberapa rumah kubik di Helmond.

Seterusnya, Bandar Rotterdam meminta beliau mereka bentuk bahagian atas jejantas bagi pejalan kaki dan beliau akhirnya menggunakan idea rumah kubik tersebut.

Dancing House


Inilah salah satu bangunan yang harus dilawati apabila bercuti di kota Prague, Republik Czech. Bangunan ini dinamakan rumah berdansa atau "Dancing House".

Direka oleh arkitek kelahiran Kroasia, Vlado Milunic bekerjasama dengan arkitek dari Kanada Frank Gehry. Pada asalnya bangunan ini dinamakan 'Fred and Ginger' , dan berada di antara gedung Neo-Baroque, Neo-Gothic dan Art Nouveau yang sangat terkenal di Prague. Menakjubkan!

The Piano House


Bangunan berbentuk piano ini dibina di An Hui, China. Di sisi piano itu pula terdapat bangunan berbentuk biola yang sebenarnya merupakan bahagian eskalator bangunan ini.

Bangunan ini dibina sebagai usaha untuk mengembangkan potensi budaya di daerah tersebut.

Auto Residence


Auto Residence atau auto restoran, sebuah reka bentuk moden dan konsep unik, dibina oleh Stadtbaumeister Mag. Ing. Markus Voglreiter.

Bangunan ini dibangunkan di daerah perbatasan di Gnigl dekat Salzburg, Austria dengan konsep melestarikan alam dan gaya khas pinggiran kota pada tahun 70-an.

[Sumber]

7 May 2013

Wanita Pelik Berkulit Kertas

Kebiasaannya buku atau kertas menjadi medium penulisan manusia secara manual. Namun ia bukan lagi satu keperluan bagi wanita yang berasal dari Chengdu, China ini.


Huang Xiangji, 55 tahun, tidak memerlukan sebarang kertas mahupun pen atau pensil untuk menulis. Sebaliknya, jika dia ingin menulis, kulit badannya akan menjadi buku dan kukunya akan menjadi pen.

Mungkin situasi ini dilihat tidak masuk akal kerana bagaimana pula kulit badan manusia boleh dijadikan medium untuk menulis dan kuku sebagai pen? Hanya menggunakan kuku, dia boleh menulis apa saja dikulit badannya.

Berdasarkan laporan China Daily, sejak kecil lagi Huang telah menyedari yang dia boleh menulis dan mengukir apa sahaja dikulitnya. Malah, sewaktu zaman persekolahannya, dia digelar sebagai 'buku bergerak' kerana hampir semua nota-nota pelajaran ditulis dikulitnya.

Disebabkan penyakit yang dianggap sebagai satu kelebihan oleh rakan-rakannya, dia sering kali menjadi tempat rakan sebayanya untuk berhibur. Mereka akan melukis berbagai-bagai watak kartun dan juga pelbagai tulisan lain. Dan dia turut mengakui meniru ketika dalam ujian dengan menulis nota di badannya.

Walaupun dia berasa pelik dengan keadaan dirinya itu, namun kepelikannya itu tidak pernah memberi kesusahan kepadanya. Sebaliknya, menurut Huang, keadaan ini sangat membantu khususnya ketika umurnya yang kini semakin tua.

Setiap kali dia mahu ke pasar raya, dia akan menulis barang-barang yang ingin dibeli di kulit tangannya terlebih dahulu sebelum keluar rumah. Jiran-jiran Huang juga mengangapnya sebagai wanita kertas kerana keunikkannya itu.

Lebih istimewa, perbuatan 'menulis' di kulit menggunakan kuku tidak pernah sama sekali menyakitkan malah ia merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan.

Huang Xiangji sebenarnya telah disahkan oleh pakar perubatan China menghidapi sejenis penyakit kulit yang pelik sejak kecil. Penyakit yang dikenal pasti sebagai artificial urticaria atau dermatographical urticaria merupakan antara penyakit kulit yang jarang ditemui.

Menurut pakar perubatan kulit, Chinese Medical Assosiation, Proffesor Sandra Hsu, dia terperanjat apabila pertama kali bertemu dengan Huang. Ketika itu dia baru berusia 14 tahun. Sepanjang hayatnya inilah kali pertama dia berjumpa dengan manusia yang mempunyai kulit sebegitu. Di sebabkan keunikan itu, Profesor Sandra Hsu sendiri turut mencuba menulis di kulit Huang menggunakan kukunya. Selepas beberapa saat kemudian, tulisan-tulisan tersebut mula timbul dan boleh dibaca dengan jelas. Justeru, pelbagai persoalan timbul apabila melihat keadaan itu. Soalnya bagaimanakah keadaan itu boleh berlaku dan adakah tulisan-tulisan tersebut akan kekal selamanya?

Jelas Hsu, mengikut kajian perubatan, penyakit kulit ini sebenarnya penyakit kulit biasa saja. Ia merupakan tindak balas alergi pada kulit yang membuatkan kulit berasa gatal dan menjadi merah yang akhirnya menimbulkan bintat. Namun, tindak balas alergi sehingga boleh menjadi tulisan pada kulit adalah sesuatu yang jarang berlaku dan ini merupakan kes pertama yang dijumpai di dunia.

Dipercayai, penyakit ini boleh ditemui dalam lingkungan empat peratus sahaja daripada penduduk dunia. Tulisan yang muncul pada kulit itu juga ada kalanya mampu bertahan lama sehingga beberapa hari dan ada juga yang hilang dalam tempoh 15 minit. Kelebihan ini membuatkan Huang menjadi manusia super.

[Sumber]

5 May 2013

Suku Kaum Pelik Tanpa Lubang Hidung

Sanggupkah anda bernafas hanya dengan menggunakan mulut sepanjang hayat? Bagaimana sekiranya anda terkena selsema dan anda pula tiada lubang hidung? Sudah tentu amat menyeksakan. Tidak ada manusia yang sanggup dalam keadaan begitu kecuali sememangnya kita lahir tanpa lubang hidung.


Tetapi inilah yang terpaksa dihadapi oleh wanita suku India dari kaum Apatani.

Terletak di dataran tinggi India, Apatani atau Tani, yang merupakan kelompok suku memiliki seramai 60 ribu orang.

Soalnya, bagaimana mereka melakukannya?

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung. Kemudian, penyumbat tadi disumbat kedalam rongga hidung sehingga tertutup kemas. Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.


Kemudian wajah mereka akan di tatu dari dahi hingga ke dagu supaya kelihatan hodoh dan menakutkan. Mengapa kaum wanitanya di perlakukan sebegitu rupa? Ia berkaitan sejarah kaum ini suatu ketika dahulu, yang selalu berperang dan anak-anak gadis suku Apatani selalu diculik dan dirogol kerana kecantikkannya.

Maka dengan menyumbat lubang hidung dan meletak tatu di dahi dan dagu, anak-anak gadis mereka akan kelihatan menakutkan dan tidak lagi di culik dan dirogol oleh suku kaum Nishi yang bermusuhan dengan suku kaum Aptani.



[Sumber]

3 May 2013

Gempar Nangka Pelik Berbuah Pisang

Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya tahun lalu.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian pelik ini.

Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan pisang, menambahkan lagi kepelikannya, jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula.

Pelik! Buah nangka ini sangat mirip seperti buah pisang.

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin “Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian.

Bagi saya, ini merupakan anugerah Allah SWT,” katanya kepada wartawan.

Sirojudin menunjukkan pokok nangka berbuah pisang.

Kerana ramainya orang yang ingin melihat nangka pelik ini, pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya.

“Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini,” katanya lagi.



[Sumber]

1 May 2013

Ma’nene Ritual Pelik Menghiasi Mayat

Tanah Toraja di Sulawesi Selatan, Indonesia merupakan destinasi pelancongan yang menarik kerana keindahaan bukit bukau yang menenangkan. Tetapi ramai yang tak mengetahui satu ritual pelik yang diadakan setiap tahun pada bulan ogos.


Ritual yang dikenali sebagai Ma’nene ini merupakan ritual pembersihan mayat saudara mara, pemimpin masyarakat, keluarga yang telah mati. Ritual pembersihan ini dilakukan dengan mengantikan pakaian si mati dengan persalinan pakaian yang baru.

Debu dan tanah yang melekat pada tulang-temulang si mati ini juga akan dibersihkan.

Ritual Ma’nene yang dilakukan oleh masyarakat Baruppu merupakan manifestasi rasa cinta,sayang dan hormat kepada mereka yang telah mati.

Ritual Ma’nene ini juga berhubung kait dengan kisah lagenda mengenai seorang pemburu haiwan,Pong Rumasek telah menemui satu mayat di bawah pokok.

Akibat rasa kasihan Pong Rumasek telah membalutkan mayat tadi dengan pakaian dan mengekbumikannya dengan sempurna.

Selepas peristiwa ini,Pong Rumasek tidak mempunyai masalah untuk memburu haiwan dan setiap kali dia berburu Pong Rumasek akan mendapat binatang buruan yang banyak.

Upacara Ma’nene di Indonesia ini wajib dilakukan bagi mengelakkan sebarang bencana dan musibah berlaku.

[Sumber]