30 June 2013

Ritual Pelik Memuliakan Tengkorak Orang Mati

Dia de los Natitas’ atau hari tengkorak merupakan ritual kuno di Bolivia, dimana mereka menghiasi tengkorak dengan rokok, kacamata hitam, bunga, dan daun koka yang diselenggarakan pada 9 November setiap tahun.


Sejumlah warga Bolivia percaya bahwa seorang manusia memiliki tujuh jiwa, dan salah satu dari jiwa mereka menetap dalam kerangka setelah mereka dikubur. Setelah jiwa-jiwa yang lain telah “pergi ke surga,”.

Sisa-sisa tengkorak kerabat atau keluarga kemudian digali, serta dibawa pulang untuk dirawat. Dan sekali dalam setahun, tengkorak-tengkorak tersebut dibawa keluar dan dipamerkan.

Masyarakat setempat percaya jika tengkorak-tengkorak ini tidak dihormati maka ia akan membawa nasib buruk bagi rumah tangga mereka, dan bahkan merosakan hubungan keluarga. Tetapi jika diurus dengan betul, anda dapat meminta pertolongan pada tengkorak itu.

Tengkorak-tengkorak ini terkadang diletakkan dalam sebuah kotak kayu atau kotak yang telah dihiasi, bahkan ada tengkorak yang dibuatkan kotak kaca yang mewah. Para penduduk kemudian berkumpul di luar kuburan untuk mempamerkan tengkorak mereka, yang dihiasi dengan bunga dan topi berwarna-warni.


[Sumber]

28 June 2013

Pelik! Gadis Menangis Air Mata Darah

Pakar perubatan di negara Chile bingung bagaimana seorang gadis, Yaritza Oliva, 20, boleh menangis dengan mengeluarkan air mata darah.


Oliva mengalami kejadian itu mulai awal ini dan sejak itu dia sering mengeluarkan darah melalui matanya sebanyak beberapa kali sehari.

Meskipun dia telah mendapatkan rawatan pakar, namun mereka gagal menemui sebarang bukti bahawa Oliva mengalami sebarang jangkitan.

Sebaliknya dia hanya dibekalkan dengan ubat titis mata.

Ibu bapa Oliva kini bertungkus lumus mengutip derma bagi membolehkan anak mereka mendapat bantuan pakar mata.

Bapanya, Jose yang hanya bekerja sebagai tukang kayu berkata, jantungnya berdebar-debar setiap kali melihat anaknya menangis mengeluarkan darah.

“Doktor menyatakan Yaritza berkemungkinan menghidap penyakit yang jarang ditemui iaitu haemolacria,’’ katanya.

Setakat ini terdapat tiga kes melibatkan kejadian seumpama ini dengan symptom tersebut lebih hampir kepada tumor atau berpunca daripada peningkatan hormon yang tinggi dalam sistem peranakan wanita.

-Mynewshub

26 June 2013

Aneh! Menyimpan Wang RM29,498 Bersedia Hadapi Kematian

London - Ketika orang biasa sibuk merancang sambutan hari lahir atau merancang percutian apabila berusia 40 tahun, Angelica Bull pula memilih merangka pelan pengebumiannya sendiri.

Angelica Bull

Di sebalik usia yang masih awal dan tidak menghidap sebarang penyakit, Angelica mula membuat perancangan itu tiga tahun lalu.

Katanya, semua butiran pengebumian itu dicatatkan, termasuk jenis bunga yang akan dijadikan hiasan, lagu yang akan dimainkan serta jenis keranda yang diingini.

“Tidak ketinggalan, tempat saya dibaringkan untuk diberi penghormatan terakhir serta jenis hidangan kepada tetamu,” katanya.

Menurut Angelica, 43, dia menyimpan wang bernilai £6,000 (RM29,498) untuk menampung kos menguruskan mayatnya.

Kata pekerja pentadbiran itu, pengebumian berkenaan menggambarkan bagaimana dirinya mahu dikenang.

Sebagai seorang yang sentiasa membuat perancangan awal dalam semua perkara, sesetengah kawannya menganggap dia aneh.

“Tetapi mereka tidak akan menganggap saya pelik jika saya mati esok,” katanya,. Wanita berasal dari Bermondsey di Tenggara London itu berkata, dia memikirkan perancangan untuk mati ketika berusia 40 tahun.

“Semua orang berkata, hidup bermula pada usia 40 tahun, tetapi saya asyik terfikir jika keadaan sebaliknya berlaku,” katanya.

Angelica mula mengumpul katalog dari syarikat menguruskan mayat untuk mencari keranda yang sesuai serta kelengkapan lain.

Untuk muzik, Angelica memilih tiga lagu, iaitu The Sheik Of Araby oleh Louis Prima, One nyanyian U2 dan Gimme Shelter (Rolling Stones). -Agensi

24 June 2013

Bayi Pelik Di Tumbuhi Ekor Di China

Seorang bayi lelaki dilahirkan di Guangdong, selatan China, tujuh bulan lalu, menghidapi sejenis penyakit pelik menyebabkan bahagian punggungnya seperti ditumbuhi ekor.

Seorang bayi lelaki dilahirkan di Guangdong, selatan China, 
tujuh bulan lalu, menghidapi sejenis penyakit pelik menyebabkan 
bahagian punggungnya seperti ditumbuhi ekor.

Doktor mengesahkan, Xiao Wei menghidapi spina bifida sewaktu dilahirkan membabitkan gangguan perkembangan kongenital disebabkan ketidaksempurnaan tiub neural embrio.

"Ibu bayi ini pernah meminta kumpulan pakar membuang lebihan isi pada bahagian belakang bayinya tetapi ia amat sukar untuk dilakukan kerana membabitkan sistem tulang belakang dan otak pesakit.

"Malah jika kita membuang bahagian ekor itu, ia akan tumbuh semula. Sebelum itu, pakar perlu membaiki masalah saraf tunjang bayi ini bagi menghentikan pertumbuhan ekornya," kata pakar bedah, Huang Chuanping dalam laporan MailOnline.

Jelas Huang, kecacatan berlaku sejak dari dalam kandungan melibatkan pertumbuhan struktur dipanggil tiub neural yang pada akhirnya membentuk tulang belakang dan sistem sarafnya.

"Tetapi bagi kes spina bifida ini, pertumbuhan tulang belakang iaitu tulang yang melindungi sistem saraf tidak berlaku dengan sempurna.

"Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui tetapi pakar terdahulu meramalkan faktor utama menyumbang kejadian spina bifida ini adalah kekurangan asid folik sebelum dan pada awal kandungan," katanya.

-SH

22 June 2013

Ritual Pelik Pengebumian Seekor Kerbau

Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu.


Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut.

Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009.

Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam.


-Kosmo

20 June 2013

Pelik! Perkhidmatan Urut Badan Menggunakan Ular

Di Israel…Pusat Kesihatan dan spa kecantikan menawarkan perkhidmatan baru yang menyeramkan untuk pelanggannya - Urutan Menggunakan Ular.


Untuk hanya $80 anda boleh menikmati urutan slithering reptilia seperti California dan Florida raja ular, ular jagung dan ular susu, meliuk ke belakang anda dan sehingga tulang belakang anda dan di seluruh muka anda.

Jika anda tidak ada perasaan gerun, ia boleh menjadi pengalaman yang menenangkan, pemilik Ada Barak akan memberitahu anda.

Barak menemukan beberapa tahun lalu bahawa raja berat dan ular jagung menghasilkan sensasi santai menguli. Beliau mengatakan bahawa hubungan fizikal dengan ular dapat melegakan tekanan.

Sesetengah orang berkata bahawa memegang ular membuat mereka berasa lebih baik, santai,” katanya “Seorang perempuan tua itu berkata ia telah menenangkan.

Saiz ular bergantung kepada jenis urut – yang lebih besar dikatakan untuk mengurangkan ketegangan otot yang lebih mendalam dan yang kecil mewujudkan ‘fluttering’ kesan. Ular yang digunakan adalah bukan jenis berbisa...seram!!


[Sumber]

14 June 2013

Jilat Biji Mata Untuk Merangsang Nafsu

Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.


“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington Post.

“Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.”

Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.

“Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak,” katanya.

Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.

Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.

Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan ‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com.

-Daily Mail

5 June 2013

Pelik! Lintah Berwarna Merah Di Australia

Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.


Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi.

-AFP

3 June 2013

Jerung Pelik Memiliki Mata Seperti Dajjal

Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.


Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.

Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ikan pelik itu adalah palsu.

Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan.

Pakar ikan jerung,Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies ikan pelik tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

-Melayukini.net