28 July 2013

Lokasi Paling Pelik Diserata Dunia

Planet Bumi adalah ciptaan yang menakjubkan untuk diteroka dengan daya tarikan nilai estetika. Malah di era yang sarat dengan teknologi ini, wujud beberapa tempat yang dianggap sebagai pelik. Mari kita lihat tempat-tempat yang paling pelik di bumi.

Kauai, Hawaii


Kauai adalah pulau yang paling kuno di Hawaii yang keempat terbesar yang terletak di pulau-pulau utama. Lava ditepi pantai membuatkan pengalaman duniawi di sini yang menakjubkan dan sangat pelik.

Spotted Lake, Osoyoos


Tasik Spotted, tasik masin yang terletak di barat laut Osoyoos, British Columbia. Apabila air menyejat pada musim panas, bintik-bintik besar mineral akan tertinggal yang memberikannya nama ini yang sangat unik dan pelik.

Aurora Borealis (North Pole)


Aurora atau cahaya kutub utara, cahaya yang sungguh cantik secara semula jadi menerangi langit pada waktu malam di rantau kutub. Ia dianggap sebagai "Tarian daripada Roh" oleh orang-orang Cree.

Fly Geyser, Reno


Fly Geyser adalah perkara yang pelik di bumi, merupakan air mata air yang terpancut keluar. Ia terdiri daripada dua geisar di mana salah satunya dalam keadaan tidak aktif manakala yang lain memancut.

Socotra


Socotra adalah tempat yang paling asing dan terletak di Afrika di mana anda boleh mencari payung berbentuk pokok darah, pokok berair gergasi, pokok timun, flora dan fauna secara eksklusif yang merupakan habitat ditempat ini.

Rio Tinto


Ia berasal dari pergunungan Sierra Andalusia dan berwarna merah yang disebabkan mineral besi dan mineral lain melalui perlombongan lama di kawasan itu.

Moeraki, New Zealand


Moeraki adalah besar, aneh, batu-batu sfera yang boleh ditemui di Pantai Koekohe. Ia berpunca dari enapan dari lantai laut.

Pamukkale


Kolam Pamukkale terletak di Turki dan pemandangan pelik ini boleh ditonton oleh semua penghuni bumi. Ia terbentuk daripada kalsium karbonat yang membentuk pemandangan menakjubkan apabila air disejat.

Racetrack Playa


Racetrack Playa terletak di California dan dikenali kerana batu-batu yang terletak di sini. Di sini batu-batu bergerak sendiri dari kedudukan asal mereka dan membentuk trek yang sangat unik.

[Sumber]

25 July 2013

Cara Pelik Untuk Menjadi Cantik

Rupa paras yang cantik dan menarik menjadi idaman setiap wanita di dunia. Tapi tahukah anda golongan wanita di beberapa buah negara sanggup menggunakan teknik aneh dan pelik hanya kerana ingin kelihatan menawan?


Boleh dikatakan setiap negara di dunia ini mempunyai pelbagai teknik mahupun cara tersendiri untuk cantik.

Di Amerika Syarikat dan Korea Selatan misalnya, banyak klinik kecantikan di sana menggunakan binatang daripada jenis moluska - binatang yang berkerang, iaitu siput sebagai bahan utamanya.

Kebanyakan pusat-pusat kecantikan di sana menggunakan ekstrak semula jadi siput iaitu lendirnya untuk mencantikkan kulit. Lendir siput dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit dan mengelakkan jangkitan kuman.

Selain itu, rembesan lendir siput juga mampu menghalang pancaran sinar ultraungu (UV). Di samping dapat menghapuskan sel-sel mati dan menjana semula kulit tersebut menjadi lebih sihat.

Manakala beberapa buah pusat kecantikan di Krasnoyarsk, Siberia, Rusia lain pula ceritanya. Masih menggunakan siput sebagai bahan utama tetapi menggunakan kaedah yang berbeza.

Para pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan di klinik tersebut hanya perlu baring. Kemudian, petugas klinik akan meletakkan beberapa ekor siput yang masih bernyawa ke atas muka pelanggan.

Pengamal kecantikan di sana percaya lendir yang dikeluarkan oleh siput adalah baik untuk kulit. Kebanyakan siput tersebut didatangkan khas dari Afrika.

Di bandaraya New York pula, pusat kecantikan di sana menggunakan najis burung merpati sebagai satu perniagaan.


Dengan hanya membayar USD$50, Shizuka New York Day Spa menawarkan perkhidmatan menggunakan najis burung yang dikenali sebagai Geisha Facial. Mereka percaya, najis burung merpati ini mengandungi enzim anti-jerawat dan mampu menjadikan seseorang itu awet muda.

Dilaporkan, beberapa orang selebriti antarabangsa turut menggunakan kaedah ini. Antaranya seperti Tom Cruise dan Victoria Beckham.

Perawatan ini dikatakan antara kunci rahsia kecantikan geisha-geisha Jepun untuk mendapatkan kulit putih berseri, mulus dan halus sejak beratus tahun dahulu.

Ada sesetengah pendapat pula mengatakan, najis burung bulbul yang telah disteril amat berkhasiat kerana zat dan enzimnya sangat baik untuk kulit.

Justeru, yang mana satukah pilihan anda?

[Sumber]

21 July 2013

Peliknya Keluarga Yang Hidup Tanpa Bergantung Kepada Wang

Jangan andaikan kenyataan ini 100% benar tapi ia memang hampir-hampir sepenuhnya benar kerana Rafael Fellmer dan keluarganya dari Jerman hidup tanpa menggunakan wang dan jika mereka tiada pilihan lain kecuali menggunakan wang, maka barulah mereka akan menggunakan duit.


Rafael dan keluarganya boleh dikatakan hidup secara paling sederhana dengan mendapatkan bekalan makanan daripada bahagian buangan daripada sebuah pasaraya organik.

Manakala untuk mendapatkan keperluan lain dalam kehidupan mereka, maka sistem barter akan digunakan.

Rafael sendiri bukanlah tidak terpelajar sebaliknya adalah lulusan universiti bahagian Pengajaran Eropah namun pada satu peringkat dalam hidupnya, Rafael mendapati yang terlalu banyak lagi perkara lain yang lebih penting di dunia ini selain daripada wang.

Jadi, dia memulakan hidup baru dengan hidup secara sederhana walaupun ada yang mencemuh cara hidup tersebut.


Walau bagaimanapun, bagi pergerakan hidup tanpa wang yang mula menular di Jerman, kini dia dianggap hero dan pemimpin mereka.



[Sumber]

15 July 2013

Naoyu Ritual Pelik Untuk Memohon Kekayaan

Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu.

Penduduk kampung beramai-ramai menggantung 
seekor lembu jantan sehingga ia mati.

Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.

Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram.

Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati.

Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka. -Reuters

13 July 2013

Mereka Mati Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang.


Tapi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!

Meninggal kerana janggut. Hans Steininger, merupakan orang warga Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang. Kerana terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati.

Meninggal kerana menendang peti. Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel, seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee, Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya. Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi dan akhirnya dia meninggal dunia.

Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler. Pada tahun 1943, seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler.

Meninggal kerana kulit jeruk. Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang pelagak ngeri. Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara hanya dengan menggunakan tong barrel. Dia meninggal tahun pada tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan. Kakinya patah dan akibatnya infeksi yang sangat parah.

Meninggal kerana menahan buang air kecil. Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang Czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan, membuang air adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan daripada membuang air kecil selama jamuan itu berlangsung. Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Namun apa cara pun kematian kita, jika kita sudah ditakdirkan meninggal dunia, maka meninggallah kita!

[Sumber]

11 July 2013

Pelik! Wajah Manusia Pada Akar Buluh?

Selama tujuh tahun terakhir, seniman asal Vietnam, Huynh Phuong Do, telah mengukir beberapa tokoh sejarah pada akar buluh.


Hasil karyanya membuatkannya menjadi popular di Vietnam. Phuong Do telah mengukir di kayu sejak berusia 15 tahun. Ketika dia tinggal di Hoi An, Vietnam, Phuong dikenali sebagai "Vietnam Bamboo Village".

Karya-karyanya yang unik dinspirasi pada tujuh tahun yang lalu, ketika kejadian banjir di hulu Sungai Thu Bon membawa beberapa akar buluh ke depan rumahnya.

Dia kemudian mengambil beberapa akar buluh dan mengukirnya menjadi sebuah patung.

Sejak itu akhirnya Phuong Do mempunyai showroom patung sendiri dan karya-karyanya boleh didapati di lebih dari 20 kedai souvenir di bandar Hoi An, Vietnam.

Dia menghabiskan hari-harinya untuk mengukir akar bamboo dan mengukir wajah manusia. Phuong Do membuat ukiran pada akar buluh sebanyak 200 dan 300 sebulan untuk memenuhi permintaan daripada pelancong.

Selain tokoh-tokoh terkenal seperti Bodhidharma, Lohan, Guan Yu atau Zhang Fei, pengukir berbakat ini juga mampu mengukir wajah pembelinya pada akar buluh tersebut.

[Sumber]

9 July 2013

Pelik! Terapi Kecantikan Guna Darah Sendiri

Kecantikan adalah hal yang sangat dipuja wanita. Semua cara dilakukan, termasuk cara-cara mengerikan yang tidak biasa. Misalnya .. mengambil darah dari tubuh sendiri, darah diolah, kemudian disuntik kembali pada wajah.


Oke .. ini memang sedikit menyeramkan, tetapi Kim Kardashian yang merupakan selebritis Hollywood sudah cuba terapi kecantikan ini.

Apakah selamat dan terbukti ampuh membuat wajah awet muda?. Terapi ini akan mengambil darah dari sang pesakit.

Darah tersebut akan dimasukkan dalam alat khas yang akan memisahkan trombosit dan beberapa komponen lain.

Setelah darah diproses, darah tersebut akan disuntik kembali pada wajah. Kim tampak tidak selesa dan kelihatan menahan sakit.

Apakah terapi ini selamat dan terbukti dapat membuat wajah awet muda? Khabarnya, facial darah boleh membina kembali kolagen dan membuat kulit awet muda.

"Tidak ada ilmu pengetahuan yang menyokong terapi itu," ujar Dr. Joseph Merola, seorang dermatologis dari Brigham and Women Hospital, dipetik Boston.

Menurutnya, semua faktor untuk peremajaan kulit sudah ada di dalam lapisan kulit manusia.

Dr. Joseph juga menambah bahawa faktor jangkitan menjadi hal yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan terapi ini.

Jangan sampai melakukannya tanpa pengawasan pasukan perubatan dipercayai.

Walaupun terapi ini seolah-olah akan menjadi trend, belum ada bukti dipercayai apakah facial darah atau vampire facial ini dapat memberi hasil maksimum untuk membina kembali kolagen.

Menurut Dr Jeff Spiegel, seorang pakar bedah plastik Chestnut Hill, "Setiap kali anda menyuntik darah ke wajah, akan terlihat perbaikan pada kulit, tetapi ini biasanya hanya bertahan tiga hingga empat hari," bagi anda yang tidak mahu mengmbil risiko, jangan melakukan rawatan seperti ini.

[Sumber]

7 July 2013

Pelik! Amalan Kuno Wanita Datang Haid Di Nepal

Chaupadi ialah amalan tradisi Nepal yang menyuruh wanita yang sedang haid untuk tinggal di luar rumah yang diduduki mereka.


Di sana masih ada kepercayaan karut yang mengatakan wanita yang sedang haid mendatangkan sial dan menyebabkan haiwan liar masuk ke dalam rumah.

Sepanjang tempoh datang bulan kaum wanita terpaksa tinggal di dalam bilik khas berasingan dari ahli keluarga lain bagi menjaga kesucian rumah.

Kerana mereka biasanya terpaksa tinggal berseorangan, terdapat kes wanita yang diperkosa oleh lelaki yang mengambil kesempatan.

Terdapat aktivis yang mahu amalan kuno tidak masuk akal ini dihentikan tetapi mereka mendapat tentangan penduduk tempatan yang masih percaya dengan traidisi kuno dan nasihat pawang.



[Sumber]

5 July 2013

Penduduk Gempar 'Ikan timbul'

Sebilangan penduduk Kampung Parit Tanjung Piandang, di sini berpusu-pusu menyerbu parit di kampung itu selepas ratusan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Isnin lalu.

Hasil ikan ‘timbul’ menjadi rezeki sebahagian penduduk 
mengambil bahagian menyauk ikan sejak lima hari lalu

Seorang penduduk, A Malek Aslie,50, berkata, ikan-ikan itu timbul selepas air laut pasang dari perairan pantai Tanjung Piandang memasuki kawasan parit di kampung itu sejak lima hari lalu.

Menurutnya, kejadian itu membuatkan ikan di parit itu mabuk selepas airnya menjadi keruh bercampur air laut.

“Bagaikan pesta menangkap ikan, penduduk membawa pelbagai kelengkapan bagi menangkap ikan yang timbul ke permukaan air’’ katanya.

A Malek berkata, kebanyakan penduduk memperoleh satu baldi ikan jenis lampan selepas mula menyauk ikan yang timbul pada hari berkenaan.

“Selain, kami berharap pihak berkenaan dapat menjalankan membersihkan dan mengorek parit yang semakin cetek,” katanya.

-SinarOnline