29 September 2013

Pelik! Hidung Baru Di Dahi Selepas Terlibat Kemalangan!

Seorang lelaki di China telah mempunyai hidung baru yang ditanam di dahinya. Lelaki itu, yang hanya dinamakan sebagai Xiaolian, telah menjalani rawatan untuk membuat gantian kepada hidung asalnya yang telah dijangkiti dan menjadi cacat.

Hidung di dahi

Lelaki China ini yang mempunyai hidung baru yang telah ditanam di dahinya telah menjalani prosedur ini di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Lelaki berusia 22 tahun ini telah rosak hidungnya dalam satu kemalangan jalanraya pada Ogos 2012 tetapi gagal untuk mendapatkan rawatan.

Akibatnya, jangkitan pada tulang rawan membuatkan pakar bedah tidak dapat memperbaikinya.

Hidung di dahi

Mereka tidak mempunyai pilihan selain menanam hidung baru dan kemudian memindahkannya ke tempat yang rosak itu.

Hidung itu telah dicipta dengan meletakkan pengembang tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia telah dipotong menjadi bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil dari tulang rusuk lelaki itu.

Doktor mengatakan bahawa hidung itu telah dijaga dengan baik dan pembedahan pemindahan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

[Sumber]

20 September 2013

Pelik! Terlupa Isteri Sendiri Selepas Jalani Pembedahan

Pengalaman jatuh cinta ketika bertukar pandangan buat kali pertama sememangnya indah namun untuk mengulangi detik-detik perasaan itu semula dengan orang yang sama pastilah hampir mustahil.


Namun, seorang lelaki melaluinya apabila tidak mengenal isteri sendiri selepas menjalani satu pembedahan.

Paling menarik, lelaki itu yang merasa seolah-olah melihat isterinya buat kali pertama begitu kagum dengan kecantikan si isteri dan memujinya melangit.

Video ini dirakamkan isteri Jason Mortenson dari Utah, Amerika selepas dia selesai menjalani pembedahan membetulkan hernia.

Dalam keadaan khayal ubat bius, Jason pada mulanya menyangka isteri yang datang merakam dirinya diutuskan oleh doktor.

Dia sempat memuji, si isteri merupakan perempuan paling cantik pernah dia jumpa malah bertanya, jika dia merupakan seorang model.

Apabila diberitahu itu isterinya bernama Candice, Jason bagai tidak percaya dan mengungkapkan kegembiraan seperti telah menang loteri.

Dia turut memuji gigi isterinya yang sempurna dan berkali-kali bertanya sama ada benar mereka sudah berkahwin.

Setelah sedar dari pembedahan dan ditunjukkan semula rakaman berkenaan, Jason menyatakan dia sememangnya tidak sedar tetapi jujur ketika mengeluarkan kenyataan ketika itu.

Katanya, pembedahan tersebut merupakan yang kelima sepanjang perkahwinannya selama 6 tahun dengan Candice yang sentiasa berada di sisinya sewaktu susah mahu pun senang.

Justeru, ungkapan cinta yang diucapkannya ketika di bawah pengaruh bius mahu pun sebaliknya, benar-benar terbit dari hati.



-Mynewshub

18 September 2013

Ulat Pelik Yang Mampu Bertukar Menjadi Rumput

Jika menyentuh mengenai rumput dan ulat, pasti ramai berpendapat kedua-duanya ialah hidupan yang berlainan antara satu sama lain. Tapi, bagaimana jika dua hidupan ini tergolong dalam satu spesis yang sama?

Yartsa Gunbu
Yartsa Gunbu.

Spesis berperwatakan berganda ini diberi nama Yartsa Gunbu. Namanya sahaja pun sudah cukup pelik, sama seperti karakter yang dimilikinya. Ia merupakan sejenis spesis ulat beluncas yang mempunyai dua cara hidup unik.

Pada musim panas, spesis ini akan hidup sebagai ulat di dalam tanah. Ketika musim sejuk pula ia akan keluar daripada habitat lamanya dan bertukar menjadi tumbuhan seperti rumput.

Persoalannya, kenapa haiwan itu mengubah dirinya menjadi yang lain?

'Ulat' yang dimaksudkan itu merupakan beluncas ataupun peringkat larva yang merujuk kepada satu spesis rama-rama. Haiwan ini dikenali sebagai 'Ghost moth' atau rama-rama hantu dari genus Thitarodes dan dikelaskan di bawah keluarga Hepialidae daripada order Lepidoptera.

Beluncas ini dikenal pasti mempunyai hubungan parasit secara endoparasit (parasit dalaman) dengan spesis kulat Yartsa Gunbu dan Cordyceps Sinensis. Dalam erti kata lain, larva atau beluncas tadi menjadi perumah secara semula jadi ke atas spesis kulat dan seterusnya akan membiak dan berkembang melalui pembentukan spora.

Secara tidak langsung, perkembangan kulat tadi akan membunuh beluncas dengan cara membaluti atau menutupi permukaan perumah.

Apa yang menariknya, pembentukan kulat tersebut hanya akan terbentuk bermula di bahagian segmen hadapan atau kepala beluncas, iaitu di bahagian anterior dan kemudian membalut keseluruhan badannya.

Jelas beliau lagi, spesis larva ini banyak ditemui di kawasan pergunungan China yang beraltitud tinggi sekitar 3,000 hingga 5,000 meter daripada paras laut.

Yartsa Gunbu

Kebanyakannya hidup di kawasan pokok renek di sekitar Qinghai, Tibet, Yunan dan negara-negara Himalaya seperti Nepal, Bhutan dan Himachal Pradesh di India.

Secara fizikalnya, spesis dewasa biasanya berwarna hitam kecoklatan dan sedikit coklat kemerahan di bahagian posteriornya.

Bahagian toraks dan abdomen pula dipenuhi dengan bulu-bulu halus berwarna putih sebelum di infeksi oleh kulat kemudian akan bertukar warna coklat kekuningan apabila mati. Setelah mati, ia ditumbuhi penuh oleh kulat.

Spesis rama-rama ini menjalankan metamorfosis lengkap (holometabola) iaitu melalui peringkat telur, larva, pupa dan dewasa.

Peringkat larvanya akan mendapatkan makanan dengan memakan humus-humus dan akar-akar kayu pokok Alpine. Thitarodes akan melengkapkan perkembangannya dengan mengambil masa yang panjang iaitu dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Tempoh yang lama akan dihabiskan di dalam tanah sebelum menjadi pupa. Dengan kata lain, sepanjang masa itu spesis ini dikatakan berhibernasi. Ia akan menjadi aktif apabila tiba musim panas untuk mendapatkan sap cairan dari akar pokok.

Larva yang menetas akan pergi ke permukaan tanah lembap. Ketika itulah ia dihinggapi kulat melalui liang-liang pernafasan larva.

Infestasi kulat terhadap larva yang berhibernasi berlaku secara perlahan sepanjang musim sejuk. Kemusnahan larva berada di peringkat teruk apabila keseluruhan badannya dibaluti dengan kulat. Atas faktor tersebut, larva akan kelihatan mati di bahagian lubang yang digali. Larva yang tidak mengalami infestasi kulat akan keluar menjadi dewasa dan meneruskan kitar hidupnya.

Umumnya, ulat ini merupakan perumah kepada spesis kulat yang sangat popular iaitu kulat perubatan. Ia diguna pakai secara meluas oleh perubatan tradisional China dan Tibet.

Yartsa Gunbu

Meskipun masih tiada percubaan secara klinikal bagi membuktikan keberkesanannya, ia diakui ramai amat berguna dalam perubatan herba.

Antara kebaikannya, dipercayai dapat mengurangkan keletihan, batuk dan barah. Pengamal perubatan herba beranggapan kulat ini mampu mengawal atur dan memperbaiki sistem imun, sekaligus dapat memanjangkan usia seseorang.

Selain itu, spesis Cordyceps ini turut diyakini mampu memperbaiki ginjal dan meningkatkan tenaga batin. Di samping digunakan sebagai makanan tambahan bagi memulihkan sistem pernafasan dan penyakit asma.

Harga spesis Cordyceps Sinensis adalah sangat mahal, sama seperti nilai emas. Percaya atau tidak, harganya boleh mencecah $15,000 dolar sekilogram mengikut kualiti.

Atas sebab itu, ia kini telah menjadi sumber pendapatan utama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman China dan Himalaya.

[Sumber]

8 September 2013

Ikan Pelik Suka Mengigit Buah Zakar Lelaki

Seekor ikan pelik yang diberi gelaran ‘The Nutcracker’ kerana sikapnya yang gemar menggigit buah zakar lelaki yang sedang berenang, kini telah dijumpai di Sungai Seine, Paris.

Pacu fish, The Nutcracker

Ikan bergigi tajam yang dikenali sebagai Pacu merupakan haiwan yang hampir sama seperti ikan pirana.

Selalunya ikan ini boleh dijumpai di perairan Amerika Selatan dan ia selalunya akan berenang berdekatan dengan lelaki yang sedang berenang sebelum menggigit organ sensitif tersebut, dan kadangkala ikan ini akan terus mengoyak dan menelan ‘habuan’ mereka.

Pacu sebenarnya dikenalpasti sebagai haiwan herbivor. Sebab dan musabab mengapa ikan dari spesies ini gemar akan buah zakar lelaki masih belum diketahui.

Pacu juga kadangkala dijumpai di kawasan-kawasan pelik kerana dibuang oleh pemilik kedai akuarium eksotik.

Tidak seperti ikan emas, ikan pacu membesar terlalu cepat hingga ia mengambil banyak ruang dalam akuarium sehingga memaksa pemilik kedai melepaskan ikan ini di mana-mana tasik berdekatan.

Sungai Seine kini dianggap sebagai terlalu kotor untuk berenang, dan pihak polis Paris menyatakan bahawa cuaca sejuk tidak lama lagi akan memastikan ikan seperti Pacu tidak akan dapat bertahan lama dalam sungai tersebut. -Mynewshub

6 September 2013

Pelik! Upacara Mencampak Bayi Supaya Sihat

Di India, ada satu upacara pelik iaitu acara melempar bayi yang kedengaran menyeramkan bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya kerana upacara tersebut adalah dengan melempar bayi dari ketinggian 15 meter dan disambut dengan hanya menggunakan kain.


Upacara tersebut sudah dilakukan secara turun-temurun sejak 700 tahun yang lalu dan dipercayai oleh penduduk yang beragama Hindu mahupun Islam.

Mereka percaya dengan melakukan upacara tersebut dapat mengatasi kematian bayi yang sangat tinggi, kerana istiadat tersebut dapat memberikan kesihatan pada anak-anak mereka.

Upacara seperti ini biasanya dapat ditemui di kawasan desa di India.

Hingga kini, upacara tersebut masih lagi dilakukan di luar bandar kecil di India yang percaya dengan upacara tersebut dapat memberi kesihatan pada anak-anak mereka.


Bagaimanalah agaknya keadaan bayi yang dilempar dari ketinggian 15 meter?

Macam-macam..

4 September 2013

Pelik! Rusa Yang Memiliki Janggut

Jurugambar veteran dari Itali ‘Paolo Torchio’ berjaya merakam gambar rusa berjanggut ketika berkunjung ke Masai Mara National Reserve di Kenya.


Rusa betina misteri itu bemiliki rambut tebal di kepalanya sehingga rupanya mirip dengan anjing terrier.

“Saya hairan, apa yang anjing itu sedang lakukan di sini,” Torchio bercerita kepada OurAmazingPlanet melalui telefon.

“Tetapi ketika ia keluar dari rumput, saya terkejut,” tambahnya.

Torchio juga bercerita rusa itu tidak diasingkan oleh kawanannya. Torchio berjaya mengambil gambar selama 15 minit sebelum rusa betina tersebut melarikan diri.

Selama 5 hari, Torchio mencari haiwan yang boleh berlari hingga 97 kilometer sejam itu, tapi hasilnya hampa.


Pakar belum dapat memastikan pekara yang membuatkan rusa tersebut berjanggut kerana bukti yang mereka ada hanya berupa gambar.

“Tapi dari fizikalnya, saya yakin rusa itu adalah Rusa Thomson. Berdasarkan saiz tubuh dan tanduknya, rusa itu betina dan masih remaja,” jelas Lanny Brown dari Zoo Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat.

Brown mengaku dia dan rakannya belum pernah melihat rusa berjanggut sebelumnya.

Brown berpendapat rusa berjanggut yang berjaya diambil gambar oleh Torchio mungkin mengidap penyakit hipertrikosis, sebuah kelainan yang membuatkan rambut tumbuh berlebihan yang boleh dialami haiwan dan juga manusia.

Rusa itu juga berkemungkinan menghidap penyakit Cushing, kelainan hormon yang membuatkan haiwan kelihatan seperti poodle yang memiliki lebihan rambut.

Penyakit itu biasanya dialami oleh kuda. [Sumber]