30 December 2013

Etibar Elchiyev, Lelaki Magnet Cipta Rekod Dunia

Seorang lelaki warga Georgia, Etibar Elchiyev mencipta rekod dunia apabila sebanyak 53 sudu melekat pada tubuhnya di sini kelmarin.


Elchiyev memecahkan rekod Guinness World Records yang diciptanya pada tahun 2011 selepas 50 sudu melekat pada tubuhnya ketika itu.

Dia yang merupakan pengajar sukan tinju tendang dikenali dengan nama jolokan lelaki magnet.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang berasa ragu-ragu sama ada badan lelaki tersebut boleh bertindak seperti magnet.

Walaupun terdapat dakwaan yang meragukan, dia menegaskan bahawa tubuhnya itu boleh bertindak sama seperti magnet.

Menurut Elchiyev, dia hanya mengetahui badannya boleh bertindak seperti magnet sejak beberapa tahun lalu. -Agensi

27 December 2013

ANEH! Berkat Doa Isteri, Mangsa Lemas Akhirnya Timbul

Mayat jurujual telefon, Ghafar Manaf, 32, yang lemas di Pantai Sura, di sini, Selasa lalu ditemui terapung di tengah laut oleh unit udara polis kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian, pagi kelmarin.


Mayat mangsa yang berpakaian seluar trek dan berbaju itu ditemui terapung kira-kira tiga batu nautika dari Pelabuhan Kerteh Terminal, kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin.

Helikopter dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Sungai Besi, Kuala Lumpur yang melakukan rondaan di perairan terbabit berjaya menjejaki mayat mangsa sebelum memaklumkan perkara itu kepada bilik gerakan.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya meminta bantuan daripada pihak Kerteh Terminal sebelum sebuah bot mengangkut bekalan ke pelantar minyak berjaya menaikkan mayat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari.

Mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan dipukul ombak sebelum ditarik ke laut kira-kira jam 6.20 petang Selasa lalu. – myMetro Online

16 December 2013

Mati Terkena Peluru Yang Sama Selepas 2 Tahun!

Pada tahun 1883, Henry Ziegland putus cinta dengan teman wanitanya. Wanita tersebut yang terlalu stress lantas membunuh diri.

Henry Ziegland
Gambar hiasan.

Abang wanita tersebut yang terlalu berang kemudiannya datang untuk membunuh Ziegland.

Setelah yakin sudah membunuh Ziegland, dia menghalakan pistol kepada dirinya sendiri dan membunuh diri.

Rupa-rupanya, Ziegland hanya tergores sedikit di wajah dan peluru tersebut tersasar dan mengenai sebatang pokok.

Apa yang pasti, sudah tentulah Ziegland merasakan dirinya sangat bertuah.

Beberapa tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk menebang pokok itu.

Merasakan pokok itu sukar ditebang, dia memutuskan untuk meletupkannya dengan menggunakan dinamit.

Malangnya, ledakan tersebut menyebabkan peluru yang masih tertanam di dalam pokok melantun dan mengenai kepalanya.

Ziegland mati serta-merta!

-Kisahanehdanpelik

13 December 2013

Pelik! Gambar Katak Memakan Ular

Kamera berjaya menangkap gambar seekor katak memakan seekor ular di China. Fenomena semula jadi dan luar biasa yang jarang berlaku. Sebabnya, secara umumnya, katak di makan ular dan bukan sebaliknya.


Gambar katak gunung memakan ular Jerdon, berjaya dirakam oleh seorang pelancong yang melawat Qingcheng Mountain Park di Sichuan, tengah China.


Longzhong Ran, berasal dari Chongqing, mendedahkan kepada Media IC bahawa dia hampir tidak percaya melihat fenomena itu dan dia gembira untuk menangkap gambar fenomena semula jadi dalam bentuk gambar.


4 December 2013

Penyakit Pelik Cabut Rambut Sampai Botak!

Seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit trichotillomania iaitu tabiat suka mencabut rambut, bulu kening atau bulu mata setiap kali mengalami tekanan, menjadi wira kepada beratus-ratus ribu pengidap penyakit tersebut, selepas mereka melihat rakaman videonya di Internet.

Rebecca Brown
Rebecca Brown kini hampir botak berikutan 
tabiat gemar mencabut rambut ketika tertekan.

Rebecca Brown, 20, gemar mencabut rambutnya setiap kali dia mengalami tekanan sejak berusia 12 tahun lagi.

Tabiat berkenaan berterusan sehingga kepala Brown hampir-hampir botak ketika dia berusia 16 tahun dan dia juga sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah.

Rasa tertekan dan kesunyian dengan keadaan itu, dia mula mengambil gambar dirinya setiap hari dan memuat naik satu video di YouTube serta blog.

Tanpa disangka, video berkenaan mendapat sokongan serta komen-komen positif daripada pengunjung Internet dan sudah ditonton lebih daripada 12 juta kali.

Hasilnya kini, Brown sudah menemui semula keyakinan diri dan menjadi idola kepada beratus-ratus ribu pengidap penyakit sama dalam usaha menyembuhkan penyakit mereka.

"Saya menerima komen daripada mereka yang mengalami masalah trichotillomania, namun tidak memberitahu masalah itu kepada ibu bapa atau rakan-rakan mereka. Saya berasa gembira kerana mereka mempercayai saya.

"Sesetengah orang berkata penyakit ini disebabkan oleh trauma yang dialami ketika masih kecil, tapi bagi saya mencabut rambut merupakan satu perkara yang menenangkan. Saya lakukannya ketika saya tertekan atau sedih,'' kata Brown.

Selain itu, Brown juga percaya memuat naik video di Internet telah membantu kepada pemulihan dirinya, kerana sukar baginya untuk meluahkan perasaan kepada umum. - AGENSI



1 December 2013

Tomato Pelik Berbuah Tomato

Tomato dan kentang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza. Buah tomato tumbuh tergantung pada batang daun sedangkan kentang adalah sejenis tanaman yang berbuah di dalam tanah.


Sebuah syarikat hortikultur Thompson & Morgan telah berjaya mencipta satu tanaman unik yang dapat menghasilkan kentang dan tomato pada waktu yang sama.

TomTato adalah nama tanaman yang boleh menghasilkan tomato dan kentang dalam waktu yang sama.

Tanaman ini dihasilkan bukan melalui hasil kejuruteraan genetik.

Dipetik dari BBC News, tanaman ini dihasilkan dengan cara melakukan teknik cantuman atau cantuman yang menggabungkan dua tanaman berbeza untuk menghasilkan sebuah pokok.

Ia memerlukan proses yang agak sukar dan memerlukan ketelitian untuk menghasilkan tanaman ini.

Syarikat hortikultura ini juga mengatakan bahawa TomTato menghasilkan variasi tomato pilihan yang rasanya lebih manis dan bentuknya lebih baik berbanding dengan tomato-tomato yang dijual di pasar raya.

Thompson & Morgan juga mengatakan bahawa tanaman ini telah melalui ujian dan selamat untuk dimakan serta tidak mengandungi racun.

Selain itu tanaman ini boleh menghasilkan ratusan buah tomato segar dan juga kentang yang besar dan boleh dituai dalam satu masa.

-Kisahanehpelik