26 March 2014

Pelik! Gadis Kemaruk Makan Mekap!

Ohio: Seorang wanita membeli mekap bukan untuk dipaki, sebaliknya untuk dimakan. Britonni, 22 berkata, dia kemaruk memakan mekap sehingga boleh memakan 15 hingga 20 bahan kosmetik itu setiap hari.

Brittoni menghabiskan lebih RM660 seminggu membeli mekap.

Menurutnya, setiap mekap itu mempunyai rasa berbeza bergantung kepada jenis dan jenamanya.

Dia mendakwa pembayang mata metalik berwarna coklat muda, putih dan kelabu yang paling lazat.

“Saya rasa hidup tidak lengkap jika tidak makan mekap. Setiap kali memakannya saya dapat membayangkan warna-warna cantik itu menyelaputi bahagian dalam badan saya,” katanya.

Tabiat pelik Brittoni itu bermula sejak dia berusia lima tahun apabila dia mula ‘geram’ melihat mekap berwarna-warni ibunya.

Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa menyembunyikan sikap peliknya itu daripada keluarga.

“Saya menyorok mekap merata-rata di rumah. Di bawah sofa, di dalam pasu bunga atau peti sejuk.

“Malah, rambut saya yang panjang juga menjadi tempat menyembunyikan mekap yang saya ingin bawa untuk dimakan ketika di luar rumah.

“Keluarga tidak mengetahui perkara ini kerana saya malas menjelaskan kepada mereka.

“Malah ibu juga tidak tahu - kalau tidak habislah saya dileteri,” katanya.

Menurutnya, dia membelanjakan lebih AS$200 (RM660) seminggu membeli kosmetik malah mempunyai cara tersendiri untuk memastikan mekap dibeli bersesuaian.

“Sudah tentu saya perlu merasa mekap untuk memastikan tidak tersalah beli. Jadi saya tuangkan sedikit pada tangan sebelum menjilatnya sambil memastikan tiada sesiapa di situ.

“Kalau tidak sedap, saya letak semula. Mungkin perbuatan itu salah namun saya tidak mahu terbeli mekap tidak sedap,” katanya.

Bagaimanapun, bahan kimia dalam mekap berkenaan sudah pasti menghancurkan badannya dari dalam secara perlahan.

Antara bahan yang digunakan termasuk magnesium silikat yang serupa dengan asbestos selain minyak galian dan mika iaitu sejenis galian yang digunakan untuk menghasilkan warna dalam cat.

Brittoni menghidap masalah jantung sejak berusia 12 tahun yang mungkin disebabkan tabiat peliknya itu namun mengakui enggan memikirkan kesan negatif akibat tabiatnya itu.

Tabiat Brittoni itu bukan saja memberi kesan terhadap kesihatannya, malah menjejaskan hubungannya dengan teman lelaki, Josh. -Agensi

21 March 2014

Buah Epal Kembar Di Australia

Kingston (Australia): Seorang wanita terkejut apabila pokok epal di halaman rumahnya mengeluarkan buah “kembar,” lapor media.


Mel Staples berkata, dia meminta anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk memetik buah itu di halaman rumah mereka untuk dimakan.

Namun, katanya, dia terkejut kerana ia sangat berbeza daripada epal biasa. “Epal itu kelihatan seperti cantuman epal hijau dan merah dan ia bercantum dengan baik,” katanya.

Epal pelik itu tumbuh di laman rumah Mel di Kingston, selatan Tasmania.

Mel juga memuat naik gambar epal berkenaan ke laman sosial dan menarik perhatian rakan-rakannya.

Mel menunjukkan epal ‘kembar’ yang ditemui di pokok laman rumahnya.

“Mereka tidak mempercayai epal ini dan menuduh saya mewarnakan buah berkenaan sebagai bahan jenaka,” katanya.

Sementara itu, pakar penanaman epal, Bob Magnus berkata dia belum pernah melihat epal seperti itu.

“Epal itu sangat jarang ditemui tetapi pelbagai jenis mutasi boleh berlaku pada setiap masa,” katanya.

Magnus berkata, epal sememangnya melalui proses mutasi secara semula jadi dan epal gala atau epal merah yang ada kini adalah sangat berbeza daripada generasi asal.

“Amalan kacukan epal bukan sesuatu yang aneh kerana apa yang anda jumpa di kedai kini kebanyakannya melalui proses berkenaan,” katanya. -AFP

14 March 2014

Budak Empat Tahun Kemaruk Makan Kain!

Seorang ibu kini dalam kebimbangan selepas anaknya yang berusia empat tahun ketagih makan permaidaini dan kain akibat penyakit autism dan Pica.

Charlotte Cook

Keadaan itu menyebabkan Charlotte Cook sering menguyah fabrik berkenaan bagi menghilangkan ketagihan.

Ia membimbangkan ibunya, Nikki, jika kanak-kanak itu tercekik akibat makan benda berkenaan.

“Kebimbangan utama saya ialah dia akan tercekik, sekali gus membunuhnya.

“Ia merupakan satu ketagihan. Dia harus melakukannya (makan). Sofa itu berharga £2,700 namun rosak kerana dia menggigit fabrik sofa itu dengan gigi kemudian menelannya.

“Charlotte mula mengunyah sofa dan barang mainannya sejak kecil,’’ katanya.

Menurut Nikki, anaknya itu juga peranah cuba makan alat kawalan jauh untuk televisyen dan tempat duduk dalam kereta.

Setakat ini doktor masih belum dapat merawat penyakit berkenaan dan ini membimbangkan Nikki kerana mereka sekeluarga tidak mendapat sokongan. -Mynewshub

10 March 2014

Alasan Pelik Di Halang Menaiki Kapal Terbang

Jika seseorang dihalang dari menaiki pesawat kerana disyaki membawa bahan letupan atau benda merbahaya, mungkin itu perkara biasa. Namun, pernahkah anda mendengar penumpang dihalang ataupun diusir dari pesawat kerana sebab-sebab yang pelik?

Dibawah ini kami senaraikan beberapa kejadian pelik dimana penumpang telah didihalang daripada menaiki pesawat.

Menyanyi lagu Whitney Houstan

Woman kicked off plane for singing Whitney Houston

Sebuah penerbangan American Airlines yang menuju ke New York dari Los Angeles telah membuat hentian kecemasan pada bulan Mei 2013 yang lepas semata-mata untuk mengeluarkan seorang penumpangnya yang enggan berhenti daripada menyanyikan lagu-lagu Whitney Houstan.

Penumpang tersebut memulakan nyanyian sejurus kapal terbang berlepas dari Los Angeles dan nyanyiannya lama-kelamaan menjadi gangguan kepada penumpang lain dan juga krew pesawat tersebut.

Kerana itulah juruterbangnya terpaksa mengubah laluan dan berhenti di Kansas City untuk mengeluarkan wanita tersebut daripada pesawat itu.

Wanita itu kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa namun pihak American Airlines enggan menerbangkannya ke destinasi yang sepatutnya dituju wanita tersebut.

Mengucapkan 'Selamat Tinggal Kapal Terbang' semasa berlepas

'Bye, Bye' Baby - Mother, Son Booted From Plane

Pada bulan Julai 2007, Kate Penland dan anak lelakinya, Garren, 19 bulan, sedang dalam perjalanan dari Atlanta menuju ke Oklahoma dengan menaiki pesawat Continental Express semasa anaknya berkata 'selamat tinggal kapal terbang' secara berulangkali.

Apabila Kate enggan memberikan ubat Benadryl kepada anaknya untuk mendiamkan Garren setelah diminta oleh petugas di dalam pesawat, maka petugas tersebut mengumumkan yang mereka akan berpatah-balik untuk mengeluarkan Kate dan anaknya dari pesawat tersebut.

Menyebut perkataan 'Bom' beratus kali

Michael Doyle Saying Bomb

Pada bulan April 2013 yang lalu, Michael Doyle telah membawa bersama-samanya dokumentasi yang diperlukan yang menyatakan tentang penyakit sindrom Tourette yang dihidapinya jika berlaku sebarang kecelaruan.

Sindrom Tourette adalah satu masalah neurologikal yang boleh menyebabkan pertuturan yang tidak boleh dikawal. Namun, semasa proses 'check in', dia telah menyebut perkataan 'bom' lebih 100 kali.

Menurut Michael, pada ketika itu apa yang terbayang di mindanya ialah tentang peristiwa pengeboman di Marathon Boston dan semakin dia resah, pertuturannya menjadi semakin teruk. Walaupun pihak keselamatan membenarkan dia menaiki pesawat, namun juruterbang syarikat penerbangan Jet Blue telah menghalau Michael keluar dari pesawat sebelum pesawat berlepas.

Juruterbang itu bimbang tentang isu keselamatan tetapi setelah diterangkan tentang keadaan Michael yang sebenarnya. Michael akhirnya ditawarkan menaiki pesawat seterusnya untuk meneruskan perjalanan.

Berbau busuk

Bau busuk

Pada bulan Februari 2010, sebuah penerbangan Air Canada Jazz dari Chalottetown di Pulau Prince Edward sedang dalam persiapan untuk berlepas ke Montreal semasa para penumpang dalam pesawat tiba-tiba membuat aduan tentang bau busuk yang datang daripada salah seorang penumpang lelaki.

Bau busuk tersebut dikatakan 'sangat teruk' tapi kesian juga la kan dengan penumpang berkenaan kerana akhirnya akibat bau busuk itu, penumpang itu telah diminta untuk meninggalkan pesawat tersebut.

Memakai seluar yang besar

Deshon Marman_Wearing_baggy pants

Pada bulan Jun 2012, Deshon Marman yang berusia 20 tahun dan merupakan seorang pemain bolasepak Amerika Syarikat di Universiti New York telah dikeluarkan daripada penerbangannya kerana pakaian yang dipakainya telah melanggar kod pakaian penerbangan tersebut yang menyatakan larangan terhadap pakaian yang tidak senonoh atau pendedahan yang keterlaluan.

Pada ketika itu, Deshon memakai seluar yang agak jatuh daripada pinggangnya dan menampakkan pakaian dalamnya. Ketika pihak polis memintanya untuk menarik seluarnya ke atas, Deshon enggan melakukannya dan kerana kedegilannya itu, dia akhirnya terpaksa diminta meninggalkan pesawat.

Terlalu tinggi

Terlalu_tinggi

Kerana dikatakan terlalu tinggi untuk dimuatkan pada kerusi penumpangnya, seorang penumpang penerbangan dari Portland, Oregon ke Ontario tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat menyebabkan dia merasa sangat malu dengan kejadian tersebut selain menggagalkan rancangan perjalanannya.

Penumpang yang mempunyai ketinggian 6 kaki 9 inci itu berkata, dia telah cuba mendapatkan kerusi di bahagian keluar untuk lebih selesa namun tiada satu pun kerusi bahagian itu yang masih ada. Semasa berada dalam kapal terbang, salah seorang krew telah terjatuh akibat tersadung kakinya yang terkeluar dari kawasan kerusinya.

Setelah diminta meletakkan kakinya ke tempat duduknya seperti penumpang lain, dia telah menerangkan keadaannya yang tidak dapat berbuat demikian. Masalah tersebut gagal ditangani sehinggalah akhirnya dia telah diminta untuk meninggalkan pesawat tersebut.

Batuk

Batuk_Tanpa_Henti

Pada bulan Mac 2007, seorang pelajar dar Hawaii yang berusia 16 tahun, Rachel Collier telah dihalau keluar daripada pesawat yang dinaikinya semasa pulang daripada lawatan sekolahnya di New York akibat dia batuk tanpa henti dalam pesawat tersebut.

Pihak krew telah memberikannya minum air dan doktor pula telah memberikan kebenaran untuknya menaiki penerbangan selama 10 jam tetapi kapten kapal terbang telah berpatah balik untuk mengeluarkan Rachel dan salah seorang daripada guru untuk menemaninya.

Kapten itu berpendapat, dia telah bertindak dalam cara yang paling adil dan terbaik untuk kebaikan semua pihak termasuklah Rachel dan penumpang lain. Rachel dan gurunya ditawarkan penerbangan seterusnya pada keesokan harinya untuk membawa mereka pulang ke Hawaii.

Menyumpah seranah

Robert Sayegh

Pada bulan Jun 2011, Robert Sayegh yang berusia 37 tahun telah dikeluarkan daripada pesawat yang dinaikinya kerana telah 'mencarut' sebanyak dua kali. Kerana kelewatan selama 45 minit di Detroit. Robert berpaling ke arah teman bersebelahan kerusi dengannya dan bertanya soalan dengan menggunakan perkataan yang berunsur lucah.

Seorang krew pesawat yang mendengar percakapan Robert telah meminta pesawat itu berpatah balik ke pintu utama yang mana pihak polis telah menaiki pesawat dan mengiringi Robert keluar dari pesawat tersebut. Menurut Robert kepada pihak media selepas kejadian itu, dia bukannya berada dalam keadaan mabuk ketika itu sebaliknya hanya kesan daripada mabuk yang dialaminya sebelum itu.

[Sumber]

6 March 2014

Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

Lain negara, lain kaum dan lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang.

Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.

Indonesia

Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah pedalaman Indonesia melakukan hubungan kelamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik!

Papua New Guinea

Masyarakat pedalaman Papua pula melakukan hubungan kelamin di dalam hutan. Si suami akan meletakkan dua anak panah dalam keadaan bersilang sebagai amaran kepada orang lain agar tidak mendekati tempat mereka melakukan hubungan kelamin. Jika ingkar, alamatnya kena panahlah orang yang degil itu.

Lebanon

Terdapat satu peraturan Lebanon yang memang pelik dan gila. Seseorang boleh dibenarkan mengadakan hubungan seksual dengan binatag yang berlawanan jantina. Maknanya lelaki boleh melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina. Jika lelaki tersebut melakukan hubungan dengan haiwan yang sama jantina, alamatnya hukuman matilah yang sedang menanti.

Hong Kong

Di Hong Kong, isteri yang membunuh suami atas alasan suaminya curang tidak akan dihukum penjara. Ini kerana undang-undang Hong Kong membenarkan wanita membunuh suaminya dengan tangan kosong atau tanpa menggunakan sebarang senjata. Si isteri juga boleh membunuh kekasih suaminya dengan cara apa pun sama ada dengan atau tanpa menggunakan senjata.

Jepun

Ada satu kebiasaan pelik berlaku di institusi pengajian tinggi Jepun di mana pelajar senior dibenarkan memperkosa pelajar junior secara beramai-ramai. Bukan itu sahaja, pelajar baru akan disuruh berlari sekeliling kampus tanpa seurat benang.

[Sumber]

Benar atau tidak tradisi pelik tapi mengarut ini, pembaca bolehlah bertanya kepada Encik Google ye.. Jangan percaya bulat-bulat pula. Dan yang paling penting, jangan ditiru aksi-aksi tersebut diatas!