9 April 2014

Bayi Pelik Kepala Berbentuk Hati

Kalimantan – Seorang bayi di Indonesia dilahirkan dengan kepala berbentuk `hati’ disebabkan oleh tumor di dalam kepalanya.

Bayi Lahir Dengan Kepala Berbentuk `Hati’

Ketumbuhan itu menyebabkan kepala Muhammad Nafi, yang baru berusia dua minggu semakin membesar sejak dia dalam kandungan lagi.

Ibu bapanya Mailani, 22 dan Buasin, 32, kini berusaha mengutip wang bagi membiayai pembedahan namun dengan pekerjaan Buasin sebagai petani, sukar bagi mereka mendapatkan wang untuk pembedahan.

Muhammad adalah anak kedua pasangan berkenaan dan bayi itu kini dirawat di Hospital St Antonius di Pontianak.

“Saya keliru. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan anak saya. Kami sekeluarga hanya berserah kepada takdir,’’ kata Mailani.

Pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila usia Muhammad mencecah tiga bulan.

Ini kerana, pembedahan ketika ini amat berisiko kepada bayi tersebut kerana tumor itu akan menyebabkan tempurung kepalanya terbuka, sekali gus mendedahkan otaknya.

Tumor itu telah memberikan kesan kepada mata kanan Muhammad. -Mynewshub.my

7 April 2014

Pelik! Tidak Sedar Mengandung Sehinggalah Bersalin!

Tidak sedar dirinya mengandung. Pelik, namun itulah yang didakwa oleh seorang gadis berusia 20 tahun, Sophie Aldridge yang hanya menyedari dia sebenarnya mengandung ketika mahu melahirkan bayinya.


“Ia kedengaran bodoh bagi sesetengah orang, tapi saya benar-benar tidak tahu. Saya tidak mengalami sebarang simptom. Saya tidak loya. Saya memakai pakaian dengan saiz yang biasa saya pakai,” katanya.

Jelas Sophie lagi, haidnya juga datang seperti biasa.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambilnya sewaktu sedang mengandung:

Lima bulan.

Enam bulan.

Tujuh bulan.

Lapan bulan.

Meneceritakan detik-detik kelahiran anaknya pada 13 November tahun lalu, Sophie berkata dia mengalami sakit perut kira-kira jam 3 pagi.

Bagaimanapun, dia menyangka ia disebabkan keracunan makanan dan hanya mengambil ubat penahan sakit.

Ternyata kesakitan itu tidak berkurangan, malah semakin teruk sehingga ibunya terpaksa menghubungi ambulans dan membawanya ke hospital.

Dalam perjalanan, air ketubannya pecah dan barulah mereka mengetahui bahawa dia sebenarnya mengandung.

Sebaik sahaja bayinya dilahirkan, Sophie yang dalam kebingungan tiba-tiba berasa sangat teruja dengan kehadiran bayinya.


“Saya dapat merasa ikatan dengannya. Sebaik sahaja melihat matanya, saya dipenuhi dengan rasa cinta. Saya tak dapat bayangkan hidup tanpa dia,” ujarnya.

Ditanya mengenai identiti ayah kepada bayinya, dia agak berahsia, namun mengakui bahawa dia hanya berpacaran dengan lelaki itu selama enam minggu sahaja.

Bagaimanapun, lelaki itu dibenarkan bertemu anaknya tiga kali seminggu dan Sophie kini tinggal bersama-sama keluarganya untuk membesarkan bayi yang diberi nama Thomas itu.

Sumber: Daily Mail

4 April 2014

Lelaki Pelik Berselera Makan Batu Bata

India – Seorang lelaki di sebuah perkampungan di Kartanaka menjadi terkenal hanya kerana dia ketagih makan batu bata, tanah serta selut dan mampu makan tiga kilogram, setiap hari.

Pakkirappa Hunagundi

Pakkirappa Hunagundi, 30, mula ketagih benda berkenaan sejak berusia 10 tahun dan mendakwa tidak mengalami sebarang penyakit akibat ketagihan luar biasa itu.

Setiap kali berasa lapar, dia akan merayau di kawasan jalan dan tembok untuk mencari batu bata yang sesuai.

Ketagihannya itu dikenali sebagai Pica, iaitu penyakit di mana penghidapnya akan berselera pada benda-benda yang tidak mengandungi khasiat.

Meskipun dia menggigit benda-benda keras, namun Pakkirappa mempunyai barisan gigi yang penuh dan tidak bercadang mencari ubat untuk merawat ketagihan luar biasa itu.

“Saya sudah makan batu bata ini selama 20 tahun. Saya suka makannya dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Sejak menghidap ketagihan ini saya tidak mengalami sebarang penyakit malah gigi saya juga sihat. Saya boleh menggigit batu yang keras tanpa masalah,’’ katanya.

Ibunya telah menghabiskan masa selama 20 tahun menasihatkan anaknya itu supaya tidak makan rumah mereka atau batu bata di kampung berkenaan.

Jelas Pakkirappa, dia tidak mempedulikan nasihat ibunya itu walaupun dia menawarkan ayam goreng atau makanan lain .

“Saya akan tolak makanan itu kerana saya perlukan batu bata. Saya tidak boleh membuang tabiat ini,’’ katanya. -Mynewshub.my