24 September 2014

Pelik! Anak Lembu Berwajah Manusia

EMAZIZINI - Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Pelik! Anak Lembu Berwajah Manusia

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile.-Agensi

13 September 2014

Pelik! Pelangi Yang Muncul Pada Waktu Malam

Kita biasa melihat pelangi muncul pada waktu siang yang biasanya muncul semasa matahari bersinar ketika hujan gerimis atau selepas hujan berhenti.

Moonbow

Tetapi bagaimana pula dengan pelangi pada waktu malam? Mungkin ia kedengaran pelik, tetapi fenomena unik ini memang benar-benar berlaku dan dikenali sebagai Moonbow.

Moonbow adalah pelangi yang dihasilkan oleh pantulan, pembiasan dan penyebaran cahaya dari bulan yang berinteriaksi dengan titisan air hujan yang turun dari langit.

Sama seperti pelangi di waktu siang, Moonbow terjadi disebabkan oleh pembiasan cahaya. Pelangi pada waktu siang terjadi kerana pembiasan cahaya matahari, manakala pelangi yang terjadi pada waktu malam pula disebabkan oleh pembiasan cahaya bulan.

Lunar-Rainbow
Pengunjung yang mahu menyaksikan Moonbow.

Moonbow sangat jarang terjadi kerana memerlukan keadaan dan kriteria khusus untuk menyebabkan fenomena itu berlaku.

Masa terbaik untuk melihat Moonbow adalah ketika bulan penuh kerana cahaya yang banyak diperlukan untuk mewujudkan fenomena ini.

Bulan perlu berada pada titik rendah iaitu pada kedudukan disekitar 42 darjah di langit pada waktu malam yang gelap selepas hujan.

Tidak seperti pelangi berwarna-warni yang dihasilkan oleh cahaya matahari pada waktu siang, Moonbow kelihatan berwarna putih dan kurang jelas pada mata kasar kita. Ini kerana cahaya bulan terlalu malap untuk merangsang reseptor kon warna di mata manusia.

Akibatnya, mata manusia sukar untuk membezakan warna dalam Moonbow dan ia sering kelihatan berwarna putih sahaja.

Walau bagaimanapun, warna-warna sebenar Moonbow akan dapat dilihat dalam gambar yang diambil dengan menggunakan teknik 'Long Exposure'.

Moonbow Victoria Water Falls
Moonbow di Air Terjun Victoria, Afrika.

Selain pembiasan cahaya bulan pada titisan air hujan, cahaya yang dipantulkan oleh bulan pada percikan air di air terjun juga menghasilkan Moonbow. Cara terbaik untuk melihat Moonbow pada air terjun adalah dengan berdiri di antara air terjun dan bulan penuh dibelakang anda.

Lokasi-lokasi air terjun yang selalu berlaku fenomena Moonbow adalah di Yosemite Falls, California dan Cumberland Falls, Kentucky, Amerika Syarikat. Selain itu, Moonbow juga sering dilihat di air terjun di Victoria Falls, Afrika.

Air terjun Yosemite Falls adalah salah satu tempat popular untuk menyaksikan fenomena ini. Ramai orang akan berkunjung ke Yosemite Falls setiap tahun untuk melihat dan merakam fenomena unik itu.

Jika bulan penuh muncul dan langit cerah di Yosemite Falls, akan ada cahaya yang mencukupi untuk menghasilkan pelangi di air terjun tersebut.

Moonbow Yosemite Falls, California
Moonbow di Air terjun Yosemite Falls, California.
.
Musim luruh dan musim panas adalah masa yang sangat sesuai untuk menikmati spektrum cahaya menakjubkan ini di air terjun Yosemite. Keindahan pelangi itu akan dapat dilihat pada waktu malam hingga beberapa jam sebelum matahari terbit.

Sementara itu, seorang jurugambar, Charlie Hamilton James yang pernah merakamkan Moonbow di air terjun Victoria, Afrika, memberitahu bahawa Moonbow tidak terlalu menarik apabila dilihat dengan mata kasar. Ia hanya kelihatan seperti lengkungan cahaya berwarna putih yang malap.

Tetapi selepas melihat hasil gambar yang diambil dengan menggunakan teknik 'Long Exposure' iaitu dengan membiarkan kamera dipasang untuk masa yang lama akan mendedahkan keindahan sebenar Moonbow.

Dan percayalah, ia adalah pemandangan yang sangat menakjubkan!

[Sumber]

8 September 2014

Hidupan Pelik Di Dasar Lautan

Bagi sesiapa yang suka menyelam, pasti sudah berjaya melihat sendiri hidupan dasar laut dengan pelbagai rupa bentuk. Namun, ada antaranya masih tersembunyi dan hanya boleh ditemukan di tempat tertentu. Kenali beberapa spesies ikan aneh yang wujud di lautan serata dunia.

Ikan bermata empat (Four Eyes Fish)

Four Eyes Fish

Ikan ini termasuk dalam kategori ‘genius anablepidae’ iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan.

Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau. Ia memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama.

Hidupan laut ini sebenarnya hanya mempunyai dua mata, namun kedua-dua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah dipisahkan oleh lapisan jaringan yang nipis.

Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.

Ikan kelawar bibir merah (Red Lipped Batfish)

Red Lipped Batfish

Ikan ini kelihatan seperti memakai gincu. Makhluk ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos, Equador dianggap perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.

Ikan hantu (Spookfish)

Spookfish

Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan. Cuma belum kajian lanjut untuk menjelaskan ciri-ciri hidupannya di dasar laut.

Ikan kepala lutsinar (Barreleye Fish)

Barreleye Fish

Tergolong dalam keluarga ikan hantu. Ikan ini mempunyai kepala lutsinar yang berbentuk cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.

Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua ‘benda kuning’ itu kelihatan seakan-akan berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.

Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di garisan bawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi itu mampu membuat ikan ini tidak dapat dilihat jelas oleh ikan dan hidupan laut lain di sekitarnya.

Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun, ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. Sangat menakjubkan!

Pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkannya mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan obor-obor, iaitu makanan kegemarannya.

Fungsi kedua ‘matanya’ yang di depan? Menurut pengkaji, kedua mata ikan itu berperanan sebagai deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil. Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya.

Ikan terbang (Flying Fish)

Flying Fish Exocoetidae

Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang tergolong dalam 50 spesies ikan dikelompokkan dalam tujuh hingga sembilan kategori. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.

Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air ataupun bertujuan untuk lari dari pemangsa. Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400 meter.

Ikan bergigi dan lidah seakan manusia.

Ikan bergigi seperti manusia

Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut apabila melihat ikan yang ditangkapnya menggigit mata kail dengan sangat kuat. Dia menjerit dan selepas diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia.

Seperti dilaporkan dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, kejadian berlaku apabila Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan menggigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira kerana mendapati saiz ikan itu besar.

Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira lima kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan keli. Lalu, dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan terbabit tetapi terkejut dan menjerit kerana merasakan jarinya digigit kuat seperti gigitan manusia.

Apabila diperiksa ikan itu cukup menakjubkan. Ia mempunyai gigi menyerupai gigi geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya, ikan itu ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan rapi dalam simpanan.

Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, Amerika Syarikat mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.

Ikan bertangan (Handfish)

Handfish

Kewujudannya ditemui manusia sekitar 1990-an dan ia adalah sejenis ikan terbaru yang mempunyai fizikal lain daripada ikan biasa. Ia kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan ciri itu menjelaskan kenapa ia hanya dapat ditemui di dasar laut.

Anehnya ikan ini menggunakan ‘tangan’ yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ikan ini ditemui di daerah Tasmania, Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (seakan bersisik yang kasar/ bergigi-gigi) sehingga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15 sentimeter.

[Sumber]