27 February 2014

Lembu Putih Berkaki Lima Diarak Keliling India

Seekor lembu berkaki lima dipuja di India selepas dipercayai mampu memberikan nasib baik.


Lembu berusia empat tahun milik Laxman Bhosale, 35, itu sentiasa dihujani pengunjung yang ingin melihat sendiri lembu tersebut.

Oleh sebab terlalu ramai yang berkunjung ke rumahnya yang terletak di Solapur, Maharastra termasuk dari daerah yang jauh, Laxman mengambil keputusan untuk melakukan ‘tour’ bersama lembu berkaki limanya itu di ke seluruh India sejak Julai tahun lalu.

Setakat ini, Laxman sudah menjelajah enam negeri dan 15 bandar sekitar India bersama lembunya.


Menurut Laxman, dia percaya lembu dengan lebihan kaki miliknya merupakan kurniaan tuhan jadi dia bertugas untuk memanjangkan kurniaan itu kepada seberapa ramai orang yang mampu.

Menerusi cara itu katanya, dia membantu mereka yang mempunyai impian tertentu untuk mencapai impian tersebut dengan cara menyentuh kaki kelima yang tumbuh di leher lembunya.


Lembu sememangnya mendapat kedudukan yang tinggi dalam agama Hindu di mana layanan ke atas lembu disamakan dengan layanan terhadap ibu kandung sendiri.

Tidak hairanlah, lembu dilindungi oleh undang-undang India membuatkan penyembelihan lembu ditegah di kebanyakan tempat di negara tersebut.

Sumber: BBC

17 February 2014

Festival Pelik Pengkebumian Orang Hidup!

Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, salah satunya di Cuba dimana satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup!


Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah.

Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana.

Selama 30 tahun, festival ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama "Burial of Pachencho."

Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung.


Mereka juga mendoakan dan menangisi 'jenazah' itu ketika akan dikuburkan.

Prosesnya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua.

Selepas memberikan doa terakhir, sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut 'jenazah' untuk diminumnya.

Setelah itu 'jenazah' membuka mata dan keluar dari keranda tersebut.

Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival tempatan.

Nama 'Pachencho' sendiri dipilih bukan berkaitan dengan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan.


Berdasarkan kepada suasana berduka, festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.

"Festival ini memberikan nafas kepada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar, " kata Yaumara Solis.

"Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan."

[Sumber]

8 February 2014

Lelaki Dianggap Dewa Kerana Ada EKOR!

Seorang lelaki yang mempunyai ekor berbulu sepanjang hampir 37 sentimeter mungkin boleh dianggap ‘bernasib baik’ kerana dianggap sebagai dewa oleh penduduk kampungnya.

Chandre Oraon

Chandre Oraon, 35, dilahirkan dengan rerambut yang tumbuh berhampiran punggung dan enggan memotongnya sejak kecil.

Keanehan itu menyebabkan penduduk tempatan yang menganut kepercayaan Hindu percaya dia adalah kelahiran semula dewa monyet, Hanuman.

Sesetengah penganut Hindu yang ingin “menyembah” Chandre sanggup datang dari jauh ke rumahnya dan menghabiskan masa beratur bagi mendapatkan restu dengan menyentuh ekornya.

Rumah Chander terletak di Alipurduar, Bengal Barat.

Chandre yang bekerja sebagai pemetik daun teh berkata, dia tidak keberatan mendapat penghargaan sebagai dewa.

Kebolehan luar biasa Chandre memanjat pokok menambahkan lagi kepercayaan masyarakat setempat bahawa dia adalah kelahiran semula Hanuman.

“Saya tak kisah kerana ia anugerah tuhan,” katanya.

Selain ekor itu, reputasi Chandre semakin tinggi kerana keupayaannya memanjat pokok dengan mudah dan pantas seolah-olah seekor monyet. Antara orang yang datang ingin mendapatkan ‘restu’ Chandre ialah Monika Ladka.

Kata Monika, bayi lelakinya sentiasa mengalami masalah kesihatan walaupun sudah diberi pelbagai ubat.

“Selepas bertemu Chandre, bayi abang saya pulih dalam masa yang singkat,” katanya.

Justeru, kata Monika, mereka percaya Chandre adalah kelahiran semula Dewa Hanuman.

Tambahan pula, katanya, menurut cerita masyarakat setempat Chandre lahir pada Hari Hanuman. Sementara itu Chandre berkata, ada doktor pernah menawarkan untuk membuang ekornya tetapi dia menolak.

“Ketika kecil ibu pernah memotong ekor ini namun tidak lama kemudian saya demam panas dan sakit teruk. “Kata ibu, saya hampir mati,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Keadaan berkenaan menyebabkan penduduk kampung terbabit mencadangkan kepada mereka supaya membiarkan saja ekor itu tumbuh memanjang dan sehingga kini ia berukuran kira-kira 36.8 sentimeter. -Agenda