10 February 2015

Gambar Babi Menyerupai Manusia Tersebar

NANNING – Gambar seekor anak babi yang dikatakan mempunyai wajah menyerupai babi dengan penis di atas kepalanya kini menjadi viral sejak binatang itu dilahirkan.

Babi-pelik

Menurut pemiliknya, Tao Lu, selepas gambar itu tersebar, rumahnya dibanjiri orang ramai yang mahu menyaksikan dari dekat babi tersebut.

Malah Tao turut ditawarkan wang daripada orang ramai yang mahu membeli anak babi tersebut.

Anak babi berkenaan yang dilahirkan bersama 18 ekor yang lain, bagaimanapun mati selepas ditolak ibu sendiri.

“Anak babi ini merupakan yang terakhir dilahirkan oleh ibunya.

“Malangnya ia sudah mati, jika tidak saya boleh mendapatkan banyak wang dengannya,’’ katanya yang mahu menjadikan anak babi itu sebagai pameran bagi menarik orang ramai.

Dalam pada itu seorang pelawat, Wu Kung, 32, berkata, dia telah melihat anak babi itu dan mendapati ia memang mempunyai wajah seperti manusia selain penis yang tumbuh di atas dahi.

6 February 2015

Ular Hidap Penyakit Jarang Ditemui

TASMANIA – Seekor ular terpaksa dijaga oleh manusia untuk seumur hidup selepas disahkan menghidap sejenis penyakit Charcot yang jarang dialami ular lain, dan mempunyai 28 ketumbuhan di tulang belakangnya.

Rocky

Ular betina yang digelar Rocky sepanjang 60cm itu ditemui di Bukit Rocky dan dipercayai antara 16 ekor ular sahaja di dunia ini yang menghidap penyakit berkenaan.

Ia kini dipelihara oleh Pusat Pemeliharaan Reptilia di Tasmania.

Akibat keadaannya itu, Rocky tidak boleh bertelur kerana ia akan menjangkiti penyakit berkenaan kepada anak-anaknya dan memandangkan ketika ini merupakan musim mengawan, maka Rocky terpaksa diasingkan daripada ular jantan yang lain.

Bagaimanapun CEO pusat berkenaan, Bruce Press berkata, Rocky tidak mengalami kesakitan akibat penyakit Charcot yang dialaminya itu.

“Rocky bergerak bebas seperti ular lain,’’ katanya yang menemui Rocky selepas menarik ular berkenaan dari satu lubang.

Ketika itu, katanya, keadaan Rocky amat mengejutkan kerana kepala ular berkenaan lebih besar dari badannya dan pembesarannya amat berbeza.

Selepas disahkan menghidap penyakit berkenaan, Rocky mendapat perhatian di seluruh dunia malah Press sendiri sudah menerima 300 panggilan telefon dalam tempoh 24 jam ular itu disahkan menghidap penyakit yang amat jarang ditemui di dunia.

2 February 2015

Makhluk Aneh Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit

Akhbar The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di jalan Bitangor-Sibu, pada pagi Jumaat.

Makhluk Aneh

Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika sedang bekerja.

Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, seorang pekerja kemudiannya bertindak berani dengan memukul haiwan berkuku runcing itu sehingga pengsan.

“Kami terkejut. Tak ada orang yang pernah nampak makhluk seperti ini. Ia mungkin spesies beruang yang jarang ditemui.

“Apabila sedar, kami halau ia kembali ke dalam hutan,” ujarnya yang mengakui kes tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ramai pengguna yang menonton video dirakam mereka bagaimanapun mendakwa haiwan tersebut merupakan beruang matahari yang berada dalam kondisi kritikal.