20 May 2015

Nenek Usia 92 Tahun Gemar Makan Pasir

Tabiat pelik seorang wanita berusia 92 tahun yang gemar memakan sekilogram pasir setiap hari memeranjatkan para doktor dengan kesihatannya yang sempurna tanpa sebarang penyakit.

Sudama Devi

Sudama Devi yang berasal dari Kajri Noorpur, India menjadi ketagih memakan pasir selepas bertaruh dengan rakan permainannya ketika berusia 10 tahun.

Semenjak dari itu, ibu kepada empat anak ini wajib menjamah sekurang-kurangnya empat pinggan pasir setiap hari.

“Makan pasir adalah sesuatu yang bagus tetapi tiada seorang pun anak saya yang mewarisi rutin memakan pasir.

“Saya makan kira-kira sekilogram pasir setiap hari. Saya lakukannya tiga atau empat pinggan sehari,” katanya.

Malah, Sudama Devi mendakwa tabiatnya memakan pasir menyebabkan dia tidak pernah sakit atau merasa lapar.-Mynewshub.cc

15 May 2015

Eli, Bayi Pelik Lahir Tanpa Hidung

Bayi Eli, merupakan bayi lelaki pelik yang menakjubkan kerana dilahirkan tanpa hidung.

Eli

Eli, yang dilahirkan pada 4 Mac lalu di Hospital South Baldwin, disifatkan sebagai istimewa dan comel oleh ibu bapanya,meskipun dia tidak mempunyai hidung.

Keadaan itu dikenali sebagai congenital arhinia dan berlaku hanya kepada 37 bayi di seluruh dunia dengan nisbah satu kepada 197 juta orang.

Menurut bapanya, Troy Thompson, ketika Eli masih berada dalam kandungan ibunya, dia telah bergurau dengan menyatakan bahawa “Saya berharap dia tidak akan mengambil hidung saya’.

Jelasnya, ketika Eli dilahirkan dia dapat merasakan ada sesuatu berlaku namun doktor memberitahu bahawa bayi itu sempurna.

“Kemudian saya menjerit dia tidak mempunyai hidung,’’ kata Thompson.

Eli tidak dapat menghidu dan terpaksa menjalani tracheotomy untuk membantunya bernafas.

Thompson kini telah menubuhkan laman web GoFundMe bagi membantu mengumpul wang untuk si kecil itu yang mungkin akan menjalani pembedahan untuk pembinaan semula hidung, serta rawatan doktor yang berterusan.

Beliau memberitahu, doktor bagaimanapun mahu menunggu sehingga anaknya mencapai umur baligh untuk pembedahan itu.

“Kami melihat Eli sebagai sempurna. Sehingga hari di mana dia memerlukan hidung, maka kita tidak akan bercakap mengenainya. Kami akan bersabar,’’ katanya.