21 August 2015

Restoran Di Jepun Hidang Menu Pelik, Kari Perisa Najis

Jika melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan, pastinya kita mahu memperkenalkan konsep makanan yang unik dan kreatif agar dapat menarik pelanggan ke premis.


Macam sebuah restoran di Jepun ini, Curry Shop Shimizu mereka memperkenalkan satu menu unik iaitu kari berperisa najis yang dijangka bakal mendapat sambutan di kalangan penduduk negara Matahari Terbit itu.

Chef yang mengilhamkan menu tersebut, Ken Shimizu berkata kari itu dibuat dengan menggunakan pelbagai rempah yang boleh menghasilkan bau dan rasa seperti najis manusia.


Menambahkan lagi rasa ‘jijik’, lauk itu dihidangkan dalam pinggan yang berukiran ala tandas bagi menampakkan realistik ‘najis’ yang boleh dimakan itu. -Mynewshub

12 August 2015

Anak Ular Tedung Pelik Berkepala Dua

Yulin (China) – Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.

ular tedung berkepala dua

Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.

Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.

Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Awal tahun ini, seekor lembu melahirkan anak bermuka dua menjadi viral di Internet. –Agensi/myMetro Online