5 March 2015

Gambar Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk Yang Pelik Tapi Benar!

Disebabkan elemen unik dan humor, satu imej memaparkan seekor cerpelai dan burung belatuk terbang bersama-sama kini menjadi viral di media sosial.

Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk

Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.

Namun, individu berkenaan menafikan lantas memberi penerangan tentang kisah di sebalik foto tersebut.

Menurut Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London, dia menyaksikan sendiri kejadian sebelum mencapai kameranya dan merakamkan momen berharga tersebut.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika dia bersama isterinya sedang beriadah di Hornchurch Country Park.

Niat asalnya, dia ingin menyaksikan burung belatuk hijau yang sering kelihatan di situ, namun tak menyangka terserempak dengan dua haiwan itu serentak.

Foto tersebut kemudiannya dimasukkan ke salah sebuah akaun Twitter sebelum menerima banyak reaksi daripada jurugambar dan peminat burung.

Walaupun nampak comel, terdapat kisah ‘hitam’ di sebalik insiden tersebut.

Sebenarnya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai santapannya.

Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri selepas kehadiran Le-May dan isterinya menakutkan cerpelai lalu dia melepaskannya untuk melarikan diri.


Sumber: Mynewshub.cc


2 March 2015

Bayi Kembar Pelik Lahir Beza 2 Bulan

ROMANIA – Mereka pasangan kembar, namun kedua-duanya tidak lahir pada hari yang sama, sebaliknya berpisah selama hampir dua bulan dalam kes yang disifatkan doktor sebagai menakjubkan.

Bayi-kembar-pelik

Bayi kembar ini dilahirkan oleh seorang wanita berusia 41 tahun. Bayi pertamanya dilahirkan pada bulan November 2014 manakala kembarnya pula lahir pada Januari 2015.

Meskipun bayi perempuan ini kembar, namun dilahirkan dalam dua tahun yang berbeza.

Kembar pertama dilahirkan secara normal dan ketika itu doktor menunggu kelahirkan bayi kembar kedua dalam masa beberapa minit.

Namun menakjubkan apabila kesakitan yang dialami wanita itu berhenti.

Akhirnya bayi kembar itu lahir pada bulan Januari melalui pembedahan Caesarean di hospital di Bucharest.

“Ia amat jarang berlaku namun ini semua kuasa Tuhan,’’ kata doktor yang terlibat dalam merawat ibu tersebut, Dr Adrian Sorin Crăciun.

Kembar itu dilahirkan dengan berat masing masing 900 gram dan kurang satu kilogram.

Mereka tinggal di hospital sehingga penghujung Januari dan apabila dibenarkan pulang, berat kembar itu sudah mencecah 2.2 kg dan 2.9 kg.