28 December 2016

Nelayan Rusia ‘Viral’ Kongsi Gambar Ikan Pelik Di Twitter

Sebahagian besar ‘penghuni’ laut dalam mempunyai rupa yang menyeramkan, namun tidak semua yang beruntung untuk dapat melihatnya dengan mata sendiri.

Ikan

Salah seorang daripada yang bertuah itu ialah seorang lelaki Rusia bernama Roman Fedorstov.

Fedorstov merupakan seorang pekerja kapal penangkap ikan laut dalam yang beroperasi di Murmansk, Rusia.

Oleh kerana terlalu kerap berjumpa dengan makhluk-makhluk aneh dan mengerikan yang tersangkut pada jaring tangkapan semasa belayar di lautan Artik, maka dia begitu rajin memuatnaik gambar-gambar hasil tangkapannya dan telah menjadi sensasi di Twitter oleh kerana populari gambar-gambar yang dikongsikan.

Antaranya:


Jika anda pelik mengapa ikan-ikan ini kebanyakannya berwrna gelap, kan?

Ini kerana lautan dalam tidak dapat menerima cahaya matahari lalu menjadikan warna gelap merupakan warna yang paling sesuai kerana ianya meresap apa jua frekuensi gelombang cahaya tanpa membiaskannya semula.

Secara ringkasnya, senang la mereka nak menyorok daripada pemangsa dan memudahkan ikan-ikan ini untuk menangkap mangsa mereka!

Walaupun rata-rata daripada netizen berasa ‘geli’ terhadap tangkapan Fedorstov, namun kesemua makhluk-makhluk itu dipegang dengan tangan tanpa sebarang sarung atau alas.

Gambar-gambar ikan pelik ini memberikan kita peluang untuk menghargai alam semulajadi di Bumi ini.

Ia juga mengajar kita bahawa ciptaan Tuhan itu terlalu luas sehingga tidak tercapai akal manusia untuk memikirkan wujudnya makhluk yang berupa seperti ini. -m