12 June 2014

Kambing Pelik Lahir Berkepala Dua

Jazan: Satu perkara pelik yang jarang terjadi di Arab Saudi berlaku apabila seekor kambing dilahirkan dengan dua kepala.

Kambing Pelik Lahir Berkepala Dua
Kambing dua kepala yang dilahirkan di Arab Saudi.

Menurut akhbar tempatan, kambing itu dilahirkan di sebuah ladang di Jazan, selatan negara itu dengan satu badan tetapi dua kepala.

Menurut pemiliknya, Abdo Jarab, ia kejadian yang jarang ditemuinya.

“Ia mempunyai satu badan tetapi dua kepala yang sempurna, dengan setiap kepala lengkap dengan dua mata dan mulut,” katanya kepada wartawan, semalam. -Agensi

Terima kasih kerana membaca, komen la sikit.. ;)
EmoticonEmoticon