14 December 2018

Bayi Pelik Berambut 'Mop'

Gara-gara berambut seperti mop, seorang bayi perempuan berusia enam bulan menjadi perhatian netizen dan mempunyai lebih 72,000 pengikut di Instagram, Chanco dari Jepun diangkat sebagai bayi berambut paling lebat di dunia.

Bayi rambut mop

Ibu bapa bayi itu turut terkejut dengan rambut lebat dimilik anak mereka ketika dilahirkan dan sebuah video yang dimuatnaik secara atas talian menunjukkan rambut bayi itu dipotong dan di dandan dengan rapi.

Ibu bapa Chanco berkongsi gambar dan klip video anak mereka sejak Mei 2018 lalu dan mendapat perhatian netizen.

Beberapa keping gambar bayi itu dengan pose menarik berserta dengan klip, reben dan aksesori lain di kepalanya turut dikongsi ibu bapa Chanco untuk tatapan pengikutnya.

Video terbaharu menyaksikan Chanco tidak sedikit pun meragam apabila seorang lelaki sedang memotong dan mengayakan rambutnya sambil dipegang ibunya. Netizen kebanyakannya terpegun dengan rambut lebat Chanco.

Seorang pengguna Instagram berkata:"Terlalu comel! Saya harap rambut menawan @babychanco tidak dipotong. Anda cantik!"

Dalam rakaman video itu, Chanco dilihat sedang mengigit mainan teether. -mstar

31 July 2018

Lembu Mutan Dua Kepala Lahir Di Poland

WARSAW, Poland – Seorang doktor veterinar terkejut ketika menyambut kelahiran seekor anak lembu mutan yang berkepala dua di sebuah ladang di sini baru-baru ini.

Lembu Mutan Dua Kepala

Karolina Szarowska berkata, dia terkejut semasa membantu ibu lembu berkenaan untuk melahirkan anaknya di sebuah ladang di perkampungan Kowalewo Pomorskie.

Dia kemudian memuat naik beberapa gambar mengenai haiwan luar biasa itu di media sosial.

“Anak lembu jantan berkepala dua. Bagi membantu haiwan ini masih hidup, ia adalah satu tindakan ajaib. Ibunya selamat selepas mengharungi kelahiran sukar ini. Kedua-dua kepala anak lembu itu dilihat mampu menghisap susu ibunya,” katanya.

Bagaimanapun, menurut penternak haiwan itu yang enggan dikenali mengesahkan ia telah mati beberapa jam selepas dilahirkan.

“Ia merupakan kelahiran keempat lembu itu dan ini bukan kali pertama lembu berkenaan mengalami masalah kecacatan kelahiran.

“Anak pertamanya dilahirkan dengan organ dalaman di luar badan dan malangnya, ia telah mati.

"Saya amat berharap anak lembu ini hidup tetapi ia juga telah mati,” katanya. -kosmo

29 May 2018

Lembu Pelik Dua Kepala Lima Kaki Di Indonesia

Seekor anak lembu dilahirkan dalam keadaan berbeza apabila ia mempunyai dua kepala dan berkaki lima di Indonesia bagaimanapun, kedudukan kepala tambahan haiwan itu bukan di sebelah kepala asal, malahan ia berada di bawah perutnya.



Kepala kedua itu lengkap dengan sepasang telinga serta bentuk seperti tengkorak.

Manakala kaki kelimanya juga berada di bahagian bawah perut.

Pemiliknya, Suparman di Desa Sridadi, Kecamatan kota Rembang memberitahu, anak lembu betina itu lahir secara normal.

"Walaupun keadaannya seperti itu, ia masih boleh bergerak seperti biasa.

"Tetapi, ia perlu bantuan saya ketika menyusu," ujarnya.

Jelasnya, ibu lembu tersebut sudah tujuh kali melahirkan kembar.

"Ia mungkin mahu menjadi kembar, namun tidak terbentuk dengan sempurna.

"Saya tidak berniat untuk menjualnya seperti anak lembu yang lain kerana saya mahu merawatnya," katanya lagi. -mstar

27 May 2018

Yash Shah Digelar 'Budak Getah' Kerana Mampu Memusingkan Kepala 180 Darjah!

YASH Shah menarik perhatian ramai apabila mampu memusing bahu dan lehernya pada putaran sehingga 360 darjah.



Ahli peliuk badan ini sendiri mengakui tubuhnya begitu fleksibel, malahan boleh 'masuk' melalui raket tennis.

Badannya boleh berpusing 180 darjah, manakala tangan dan kakinya pula mampu melakukan pusingan penuh 360 darjah.

Keupayaannya membolehkan dia mendapat jolokan budak getah dalam kalangan penduduk kampungnya di Surat, Gujarat yang terletak di utara India.

"Saya boleh memusingkan kepala dan tubuh sehingga 180 darjah dan lihat ke belakang, bagi kedua tangan dan kaki pula ia boleh dipusingkan sepenuhnya 360 darjah.

"Bahu saya pula dapat digerakkan ke pelbagai arah.

"Jari saya juga dapat dibengkokkan sehingga 180 darjah," kata pelajar jurusan kejuruteraan perisian.

Remaja berusia 19 tahun ini berlatih tiga jam sehari dan sering kali menjadikan ahli peliuk badan Amerika, Daniel Browning Smith sebagai inspirasi.

"Saya tidak ada jurulatih khusus, keculi menonton video aksi Smith menerusi Youtube.

"Setakat ini saya tidak pernah mengalami kecederaan ketika melakukan persembahan kerana dapat mengawal badan bagi melindungi diri daripada sebarang kecederaan," katanya.

Yash kini mengharapkan dirinya dapat disenaraikan dalam Rekod Guinness. -mstar

17 May 2018

Gambar Pelik Kucing Paling Sopan Di Britain Jadi Tular

Aksi seekor kucing di Merseyside, Britain, menggunakan pengetuk untuk mengetuk pintu sebuah kediaman dan menunggu sebelum ia dibuka menjadi tular di internet baru-baru ini.

Merseyside weird Cat

Klip video berdurasi 38 saat itu menunjukkan kucing berwarna perang gelap mengetuk pintu sebanyak tiga kali dengan menggunakan kaki kiri hadapan.

Selepas itu, mamalia berkenaan duduk di atas belebas tingkap dan menunggu untuk pintu dibuka.

Rakaman oleh seorang pengguna jalan raya, Dan Richardson di kawasan kejiranan Bootle sebelum dimuat naik ke Facebook. -k

2 April 2018

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren

Fenomena pelik di mana ribut salji berwarna oren dilaporkan berlaku di empat negara Eropah iaitu Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania, menyebabkan keadaan itu menjadi tular dengan cepat hinggakan ada netizen yang menyamakan ia dengan permukaan Marikh.

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren

Salji oren itu dilaporkan di enam buah resort pelancongan malah ada di beberapa kawasan, salji dilaporkan berwarna coklat.

Disebabkan keadaan pelik itu, sepasukan saintis dari Hydrometeorology and Monitoring of the Black and Azov Seas tiba di resort pelancongan di Sochi untuk mengkaji fenomena luar biasa tersebut

Seorang jurucakapnya memberitahu, kemungkinan ia akibat angin yang meniup pasir dari padang pasir Sahara yang kemudiannya gugur sebagai hujan.

Mereka meramalkan salji akan kembali normal dalam masa beberapa hari lagi.

Gambar-gambar salji oren itu kini memenuhi media sosial di Bulgaria, Ukraine dan Romania.

Namun, ia bukan kali pertama fenomena itu berlaku malah pada 2007, salji berwarna oren turun dilaporkan Siberia dan ia dikatakan ada kaitan dengan rebut pasir di kawasan berhampiran. -M

2 August 2017

Anak Lembu Pelik Mirip Wajah Penyanyi Rock

Seorang peladang dari Texas dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang didakwa menyerupai wajah seorang penyanyi rock lagenda terkenal iaitu Gene Simmons dari kumpulan KISS.

Anak Lembu Pelik

Peladang tersebut, Heather Leonard Taccetta yang bekerja di sebuah restoran bernama Cowboy Steak House di Kerville, Texas, dikejutkan dengan raut wajah, lidah panjang anak lembu yang dilahirkan pada 28 Julai itu serupa dengan solekan yang dikenakan oleh penyanyi utama kumpulan KISS, Gene Simmons.

Taccetta yang terkejut dengan kejadian itu lantas menghantar gambar anak lembu itu ke Lembaga Pelancongan Tempatan, Pelancongan Hill Country lalu diperagakan gambar tersebut di laman perkongsian Facebook Pelancongan Hill Country.

Corak hitam putih wajah anak lembu itu sangat menyamai solekan Simmons serta jeliran lidah panjang berwarna merah jambu menyerupai aksi Simmons yang sering dillihat oleh peminat setia kumpulan KISS.

Anak lembu itu diberi gelaran “Wonder of Nature” yang bermaksud keajaiban alam semula jadi dan kini dijadikan maskot oleh restoran Steakhouse.

Penyanyi rock lagenda itu terkenal bukan sahaja kerana suaranya yang unik tetapi terkenal dengan jeliran lidah panjangnya dan symbol tangan berbentuk “tanduk syaitan”. -astroawani

23 July 2017

Kalimah Allah Muncul Di Dahi Bayi

Penduduk Padangjaya, Kecamatan Majenang, Kabupaten Cilacap, Wilayah Jawa Tengah gempar dengan berita dahi seorang bayi yang memaparkan kalimah Allah dalam tulisan Arab.

Kalimah Allah

Media tempatan melaporkan, bayi tersebut merupakan anak kepada pasangan Heriyono dan Tika Fia Diansari yang dilahirkan di sebuah hospital di bandar Majenang, terletak kira-kira 321 kilometer dari ibu kota Indonesia, Jakarta.

Menurut bapa bayi lelaki yang belum diberikan nama itu, kalimah di atas kening tersebut hanya disedarinya secara kebetulan dan pada mula disangka sekadar tanda lahir biasa atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai toh.

“Subhanallah, ternyata setelah diperhatikan, kening anak saya ada lafaz Allah,” terang Heriyono, 27, kepada media. Isterinya yang baru berusia 23 tahun itu juga dilaporkan terkejut dengan kemunculan kalimah unik berkenaan.

Lebih menarik lagi apabila perkataan tersebut tampak bertambah jelas sekiranya dibacakan beberapa ayat suci al-Quran atau diperdengarkan suara azan dari sebuah surau yang berhampiran dengan rumah keluarga berkenaan.

“Ketika kami berada di Mulyasari, tujuh kilometer dari Padangjaya, kebetulan dekat juga dengan sebuah musola dan apabila kedengaran suara ngaji atau seruan azan, tanda di keningnya semakin kelihatan jelas,” ujar Heriyono lagi.

Beliau mendakwa tidak mendapat apa-apa mimpi atau petunjuk sebelum kelahiran anaknya itu, namun sebaik tahu Tika Fia hamil, Heriyono mengaku sering membacakan ayat al-Quran dekat perut isterinya dengan suara lembut.

Malahan lelaki tersebut yang merupakan seorang guru sandaran di Sekolah Dasar Negeri 3 Boja Kecamatan Majenang itu cuba berkomunikasi dengan anaknya yang masih lagi dalam kandungan sehingga dilahirkan.

“Saya baca dan cuba juga cari kedudukan anak saya, memang dalam kandungan pun anak kita sudah dapat berkomunikasi. Maka saya membaca al-Quran, ingin anak saya lahir soleh atau solehah,” ujar Heriyono.

Surah yang lazim diperdengarkannya ialah Surah Al Waqi’ah dan ketika membaca surah ke-56 dalam al Quran itu, perasaannya menjadi amat tenteram. Selain itu, dia turut kerap membacakan Surat Yusuf pada bakal bayinya.

“Bagaimanapun kalau Surat Yusuf, saya hanya baca kadang kala sahaja. Yang rutin (selalu) itu Surah Al Waqi’ah,” jelas bekas pelajar Pondok Pesantren Al Ishlah di Bandung, Jawa Barat itu apabila membuka cerita rahsia tersebut.

Ramai tokoh agama tempatan dilaporkan mendedahkan banyak kelebihan apabila membaca surah Al Waqi’ah kerana selain berharap reda Allah, ia dipercayai memiliki keistimewaan sebagi doa mendapatkan ilmu dan rezeki.

“Saya ingin anak soleh dan pintar. Mohon doanya ya, mas,” ujarnya yang juga ceria apabila lulus ujian akhir Sekolah Tinggi Agama Islam Tsufyan Tsauri di Cilacap dan menerima ijazah bulan depan. -m

22 July 2017

Kejadian Pelik Buaya Hantar Mayat Ke Tebing Sungai

Memetik Tribune News, seekor buaya telah ‘membantu’ pencarian mayat Syarifuddin yang meninggal dunia akibat dibaham buaya ketika sedang bermandi-manda bersama rakannya bernama Abdullah.

Buaya pelik

Mungkin kerana rasa ‘serba salah’ membaham mangsa, sang buaya tersebut telah membawa si mati ke tebing sungai setelah misi menyelamat dijalankan dalam kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Video yang dirakamkan oleh penduduk di Bitan Lempake, Kabupaten Berau telah mendapat perhatian orang ramai apabila sang buaya itu seakan-akan memahami kata-kata orang ramai supaya ia melepaskan mayat itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana dibaham buaya berikutan terdapat kesan luka gigitan dan beberapa kesan cakaran di badan mangsa. -m

21 July 2017

Anak Kambing Lahirkan Dengan Wajah Pelik Gemparkan Penduduk Argentina

Gambar seekor anak kambing yang dilahirkan dengan muka pelik telah menjadi tular. Mamalia itu dikatakan mempunyai wajah seperti manusia dan ia dilahirkan di wilayah San Luis, Argentina.

Kambing

Menurut tuan punya kambing itu, Gladys Oveido, dia sangat terkejut tatkala melihat muka pelik tersebut yang cuba merenungnya.

Anak kambing itu mendapat perhatian selepas menantu Oveido memuat naik gambar di media sosial.

Kes itu juga mendapat perhatian polis yang telah menghantar anggotanya ke ladang milik Oveido.

Namun punca haiwan itu dilahirkan sedemikian rupa masih lagi dalam siasatan. -m

22 June 2017

Anak Kambing Pelik Tanpa Mata Dan Bibir Seperti Manusia

Seorang petani nekad untuk memelihara seekor anak kambing yang dilahirkan tanpa mata dan mempunyai mulut menyerupai manusia meskipun jiran-jirannya menyifatkan kambing itu sebagai `jahat’.

Kambing Pelik

Jiran V. Chandra sebelum ini mendesaknya membiarkan sahaja anak kambing itu untuk mati, namun dia dan isterinya enggan berbuat demikian.

Mereka sebaliknya menjaga anak kambing itu di ladang mereka di Balussery, Kozhikode di Kerala.

“Kami terkejut apabila melihat anak kambing itu dilahirkan tanpa mata. Keluarga saya telah terlibat dalam memelihara kambing dari satu generasi ke satu generasi namun tidak pernah melihat perkara sumpama ini,’’ katanya.

Menurut Chandra, doktor haiwan memberitahu anak kambing itu mengalami penyakit yang mengakibatkan kehilangan tisu tertentu semasa pembentukan dalam perut.

Manakala pakar pula berpendapat keadaan itu mungkin berpunca akibat pendedahan kepada X-ray, bahan kimia dan virus. -m

17 April 2017

Bayi Aneh Iraq Selamat Jalani Pembedahan

NEW DELHI – Bayi yang dilahirkan dengan lapan anggota badan selamat menjalani pembedahan di India untuk membuang lebihan kaki dan tangannya. Pembedahan itu merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan di dunia.

Bayi Pelik Iraq

Karam yang berusia tujuh bulan dilahirkan di Iraq dalam keadaan aneh apabila pasangan kembar siamnya tidak membentuk dengan sempurna menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.

Bapa bayi itu, Sarwed Ahmad Nadar menerbangkan Kalam ke India untuk menjalani pembedahan di mana doktor melakukan pembedahan tiga peringkat untuk membuang lebihan anggota badan itu.

Perunding kanan Ortopedik, Gaurav Rathore yang menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan berkata terdapat hanya lima atau enam kes seperti itu dilaporkan di seluruh dunia sekali gus menjadikan tugas doktor lebih sukar.

“Kami merawatnya sejak berusia dua minggu dan keadaannya amat unik. Sehingga kini perjalanan kami agak berjaya. Karam merupakan bayi yang sangat berani. Malah dia juga seorang yang periang,” katanya.

Pasukan perubatan di Hospital Jaypee menjalankan pembedahan itu dalam tiga peringkat.

Pertama mereka membuang kaki yang melekat di luar perutnya sebelum merawat komplikasi jantung.

Prosedur terakhir menyaksikan doktor membuang semua anggota badan lebihan walaupun dia perlu melalui beberapa prosedur lain ketika meningkat dewasa untuk membetulkan anomali lain. -mstar

23 March 2017

Penduduk Gempar Bayi Lelaki Macam Alien

Penduduk kampung Kadamgachi di daerah Kathihar, India gempar dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang memiliki raut wajah yang sangat pelik daripada bayi-bayi lain.

Bayi Lelaki Macam Alien

Ibunya, Khalida Begum, 35, mengakui terkejut dengan rupa paras anak keempatnya itu yang memiliki kepala bersaiz kecil selain mata terbuntang luas.

Penduduk kampung menyifatkan bayi itu adalah istimewa dan merupakan kelahiran semula tuhan Hindu mereka dalam bentuk monyet iaitu Hanuman.

Namun, doktor pakar mengesahkan bayi itu menghidap penyakit genetik yang jarang-jarang berlaku harlequin ichthyosis, yang mana si penghidap akan berhadapan masalah kulit tebal selain beberapa anggota badan yang tidak sempurna.

“Beberapa bahagian badan anak saya tak terbentuk sepenuhnya.

“Bila pertama kali melihat anak saya sebaik dilahirkan, saya terkejut lihat wajahnya yang seakan-akan makhluk asing (alien).

“Saya tak dapat terima kenyataan yang saya lahirkan bayi yang macam rupa alien. Saya sangat sedih sampaikan tergamak suruh bidan bawa lari anak dari pandangan saya.

“Tiga anak saya yang lahir sebelum ini semuanya lahir dalam keadaan normal. Itu sebabnya saya benar-benar terkejut tapi lama-kelamaan saya boleh terima perkara ini,” katanya dipetik Metro UK.

sumber: mynewshub

28 December 2016

Nelayan Rusia ‘Viral’ Kongsi Gambar Ikan Pelik Di Twitter

Sebahagian besar ‘penghuni’ laut dalam mempunyai rupa yang menyeramkan, namun tidak semua yang beruntung untuk dapat melihatnya dengan mata sendiri.

Ikan

Salah seorang daripada yang bertuah itu ialah seorang lelaki Rusia bernama Roman Fedorstov.

Fedorstov merupakan seorang pekerja kapal penangkap ikan laut dalam yang beroperasi di Murmansk, Rusia.

Oleh kerana terlalu kerap berjumpa dengan makhluk-makhluk aneh dan mengerikan yang tersangkut pada jaring tangkapan semasa belayar di lautan Artik, maka dia begitu rajin memuatnaik gambar-gambar hasil tangkapannya dan telah menjadi sensasi di Twitter oleh kerana populari gambar-gambar yang dikongsikan.

Antaranya:


Jika anda pelik mengapa ikan-ikan ini kebanyakannya berwrna gelap, kan?

Ini kerana lautan dalam tidak dapat menerima cahaya matahari lalu menjadikan warna gelap merupakan warna yang paling sesuai kerana ianya meresap apa jua frekuensi gelombang cahaya tanpa membiaskannya semula.

Secara ringkasnya, senang la mereka nak menyorok daripada pemangsa dan memudahkan ikan-ikan ini untuk menangkap mangsa mereka!

Walaupun rata-rata daripada netizen berasa ‘geli’ terhadap tangkapan Fedorstov, namun kesemua makhluk-makhluk itu dipegang dengan tangan tanpa sebarang sarung atau alas.

Gambar-gambar ikan pelik ini memberikan kita peluang untuk menghargai alam semulajadi di Bumi ini.

Ia juga mengajar kita bahawa ciptaan Tuhan itu terlalu luas sehingga tidak tercapai akal manusia untuk memikirkan wujudnya makhluk yang berupa seperti ini. -m

2 June 2016

Penemuan Haiwan Pelik Seperti Hibrid Ikan Lumba-lumba Di China

Seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.

Hibrid Ikan Lumba-lumba.jpg

Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.

Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.

Hibrid Ikan Lumba-lumba [2].jpg

Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

Seorang pengguna Weibo dari wilayah Shandong berkata: “Minum air tercemar, makan makanan yang tercemar, wanita melahirkan bayi-bayi yang cacat anggota.

“Bagaimana anda boleh menepis kebarangkalian makhluk ini turut menjadi mangsa kepada pencemaran? Haiwan itu hidup di perairan yang tercemar, jadi sudah pasti keadaan itu mempengaruhi kecacatan fizikalnya.”

Hibrid Ikan Lumba-lumba [3].jpg

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah menjadi viral setelah ianya tersebar secara meluas di republik tersebut, sehingga meraih perhatian sebuah jurnal sains di negara itu.

Berdasarkan sifat fizikal, para pengkaji merumuskan kemungkinan besar haiwan tersebut merupakan spesis ikan paus berparuh yang mempunyai dua bonggol kecil pada bahagian bawah rahangnya.

Mereka turut menambah bahawa ikan paus spesis ini biasanya hidup di lautan sedalam 1000 meter, dan jarang sekali dilihat.

1 April 2016

Kejadian Pelik Daging Tertera Imej Syaitan!

Sekeping gambar memaparkan imej ‘syaitan’ pada sepotong daging menjadi viral di media sosial.

Daging-Syaitan

Imej pada daging lembu tersebut, jelas menunjukkan susuk seakan-akan syaitan lengkap dengan tanduk kecil dan mata berwarna merah.

Menurut sumber berita El Metichon, daging itu dijumpai di pusat pembekal daging terbesar di Sukarne, Mexico.

Imej pada potongan daging tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang percaya daging tersebut pernah digunakan dalam ritual mistik.

Bagaimanapun, ramai juga menganggap imej tersebut hanyalah kebetulan semata-mata dan langsung tiada kena mengena dengan perkara mistik.

9 March 2016

Haiwan Pelik Menyerupai Ketam Dan Kala Jengking

Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.


Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus. -SinarHarian