Showing posts with label Bayi Pelik. Show all posts
Showing posts with label Bayi Pelik. Show all posts

14 December 2018

Bayi Pelik Berambut 'Mop'

Gara-gara berambut seperti mop, seorang bayi perempuan berusia enam bulan menjadi perhatian netizen dan mempunyai lebih 72,000 pengikut di Instagram, Chanco dari Jepun diangkat sebagai bayi berambut paling lebat di dunia.

Bayi rambut mop

Ibu bapa bayi itu turut terkejut dengan rambut lebat dimilik anak mereka ketika dilahirkan dan sebuah video yang dimuatnaik secara atas talian menunjukkan rambut bayi itu dipotong dan di dandan dengan rapi.

Ibu bapa Chanco berkongsi gambar dan klip video anak mereka sejak Mei 2018 lalu dan mendapat perhatian netizen.

Beberapa keping gambar bayi itu dengan pose menarik berserta dengan klip, reben dan aksesori lain di kepalanya turut dikongsi ibu bapa Chanco untuk tatapan pengikutnya.

Video terbaharu menyaksikan Chanco tidak sedikit pun meragam apabila seorang lelaki sedang memotong dan mengayakan rambutnya sambil dipegang ibunya. Netizen kebanyakannya terpegun dengan rambut lebat Chanco.

Seorang pengguna Instagram berkata:"Terlalu comel! Saya harap rambut menawan @babychanco tidak dipotong. Anda cantik!"

Dalam rakaman video itu, Chanco dilihat sedang mengigit mainan teether. -mstar

23 March 2017

Penduduk Gempar Bayi Lelaki Macam Alien

Penduduk kampung Kadamgachi di daerah Kathihar, India gempar dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang memiliki raut wajah yang sangat pelik daripada bayi-bayi lain.

Bayi Lelaki Macam Alien

Ibunya, Khalida Begum, 35, mengakui terkejut dengan rupa paras anak keempatnya itu yang memiliki kepala bersaiz kecil selain mata terbuntang luas.

Penduduk kampung menyifatkan bayi itu adalah istimewa dan merupakan kelahiran semula tuhan Hindu mereka dalam bentuk monyet iaitu Hanuman.

Namun, doktor pakar mengesahkan bayi itu menghidap penyakit genetik yang jarang-jarang berlaku harlequin ichthyosis, yang mana si penghidap akan berhadapan masalah kulit tebal selain beberapa anggota badan yang tidak sempurna.

“Beberapa bahagian badan anak saya tak terbentuk sepenuhnya.

“Bila pertama kali melihat anak saya sebaik dilahirkan, saya terkejut lihat wajahnya yang seakan-akan makhluk asing (alien).

“Saya tak dapat terima kenyataan yang saya lahirkan bayi yang macam rupa alien. Saya sangat sedih sampaikan tergamak suruh bidan bawa lari anak dari pandangan saya.

“Tiga anak saya yang lahir sebelum ini semuanya lahir dalam keadaan normal. Itu sebabnya saya benar-benar terkejut tapi lama-kelamaan saya boleh terima perkara ini,” katanya dipetik Metro UK.

sumber: mynewshub

29 October 2015

Bayi Pelik Dua Lubang Hidung Macam Sesungut Dilahirkan Di Peru

Chimbote (Peru) – Seorang bayi lelaki yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.


Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran.

“Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan.

Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya.

“Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya.

Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. – Agensi/myMetro Online