Showing posts with label Haiwan Pelik. Show all posts
Showing posts with label Haiwan Pelik. Show all posts

2 June 2016

Penemuan Haiwan Pelik Seperti Hibrid Ikan Lumba-lumba Di China

Seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.

Hibrid Ikan Lumba-lumba.jpg

Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.

Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.

Hibrid Ikan Lumba-lumba [2].jpg

Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

Seorang pengguna Weibo dari wilayah Shandong berkata: “Minum air tercemar, makan makanan yang tercemar, wanita melahirkan bayi-bayi yang cacat anggota.

“Bagaimana anda boleh menepis kebarangkalian makhluk ini turut menjadi mangsa kepada pencemaran? Haiwan itu hidup di perairan yang tercemar, jadi sudah pasti keadaan itu mempengaruhi kecacatan fizikalnya.”

Hibrid Ikan Lumba-lumba [3].jpg

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah menjadi viral setelah ianya tersebar secara meluas di republik tersebut, sehingga meraih perhatian sebuah jurnal sains di negara itu.

Berdasarkan sifat fizikal, para pengkaji merumuskan kemungkinan besar haiwan tersebut merupakan spesis ikan paus berparuh yang mempunyai dua bonggol kecil pada bahagian bawah rahangnya.

Mereka turut menambah bahawa ikan paus spesis ini biasanya hidup di lautan sedalam 1000 meter, dan jarang sekali dilihat.

9 March 2016

Haiwan Pelik Menyerupai Ketam Dan Kala Jengking

Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.


Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus. -SinarHarian