3 January 2013

Rumah Setinggan Khas Untuk Anjing

Sebuah kawasan setinggan di selatan Brazil, memiliki sebanyak 1,600 buah rumah anjing dibina untuk komuniti haiwan tersebut, lapor sebuah akhbar.

Anjing-anjing liar yang dipelihara kawasan 
setinggan anjing di Caxias do Sul, Brazil.

Rumah-rumah anjing tersebut dibina daripada kayu dan zink oleh sebuah pertubuhan amal, So Ama.

Anjing-anjing liar yang ditangkap, diikat pada rumah anjing yang dibina pada jarak yang rapat di kawasan seluas satu hektar.

Sukarelawan So Ama bergilir-gilir menjaga dan memberi haiwan tersebut makan.

"Kami memulakan projek ini kerana mahu melakukan perubahan tetapi ia menjadi semakin besar dan ini sahaja yang mampu kami lakukan," kata ketua pemasaran organisasi berkenaan, Natasha Oselame.

Menurutnya, pihaknya terpaksa bergantung kepada derma orang ramai kerana geran AS$14,000 (RM42,595) yang diberikan pentadbiran tempatan setiap bulan tidak mencukupi untuk membiayai aktiviti itu.

-Agensi

Terima kasih kerana membaca, komen la sikit.. ;)
EmoticonEmoticon