3 June 2013

Jerung Pelik Memiliki Mata Seperti Dajjal

Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.


Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.

Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ikan pelik itu adalah palsu.

Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan.

Pakar ikan jerung,Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies ikan pelik tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

-Melayukini.net

Terima kasih kerana membaca, komen la sikit.. ;)
EmoticonEmoticon