8 September 2013

Ikan Pelik Suka Mengigit Buah Zakar Lelaki

Seekor ikan pelik yang diberi gelaran ‘The Nutcracker’ kerana sikapnya yang gemar menggigit buah zakar lelaki yang sedang berenang, kini telah dijumpai di Sungai Seine, Paris.

Pacu fish, The Nutcracker

Ikan bergigi tajam yang dikenali sebagai Pacu merupakan haiwan yang hampir sama seperti ikan pirana.

Selalunya ikan ini boleh dijumpai di perairan Amerika Selatan dan ia selalunya akan berenang berdekatan dengan lelaki yang sedang berenang sebelum menggigit organ sensitif tersebut, dan kadangkala ikan ini akan terus mengoyak dan menelan ‘habuan’ mereka.

Pacu sebenarnya dikenalpasti sebagai haiwan herbivor. Sebab dan musabab mengapa ikan dari spesies ini gemar akan buah zakar lelaki masih belum diketahui.

Pacu juga kadangkala dijumpai di kawasan-kawasan pelik kerana dibuang oleh pemilik kedai akuarium eksotik.

Tidak seperti ikan emas, ikan pacu membesar terlalu cepat hingga ia mengambil banyak ruang dalam akuarium sehingga memaksa pemilik kedai melepaskan ikan ini di mana-mana tasik berdekatan.

Sungai Seine kini dianggap sebagai terlalu kotor untuk berenang, dan pihak polis Paris menyatakan bahawa cuaca sejuk tidak lama lagi akan memastikan ikan seperti Pacu tidak akan dapat bertahan lama dalam sungai tersebut. -Mynewshub

Terima kasih kerana membaca, komen la sikit.. ;)
EmoticonEmoticon