27 February 2014

Lembu Putih Berkaki Lima Diarak Keliling India

Seekor lembu berkaki lima dipuja di India selepas dipercayai mampu memberikan nasib baik.


Lembu berusia empat tahun milik Laxman Bhosale, 35, itu sentiasa dihujani pengunjung yang ingin melihat sendiri lembu tersebut.

Oleh sebab terlalu ramai yang berkunjung ke rumahnya yang terletak di Solapur, Maharastra termasuk dari daerah yang jauh, Laxman mengambil keputusan untuk melakukan ‘tour’ bersama lembu berkaki limanya itu di ke seluruh India sejak Julai tahun lalu.

Setakat ini, Laxman sudah menjelajah enam negeri dan 15 bandar sekitar India bersama lembunya.


Menurut Laxman, dia percaya lembu dengan lebihan kaki miliknya merupakan kurniaan tuhan jadi dia bertugas untuk memanjangkan kurniaan itu kepada seberapa ramai orang yang mampu.

Menerusi cara itu katanya, dia membantu mereka yang mempunyai impian tertentu untuk mencapai impian tersebut dengan cara menyentuh kaki kelima yang tumbuh di leher lembunya.


Lembu sememangnya mendapat kedudukan yang tinggi dalam agama Hindu di mana layanan ke atas lembu disamakan dengan layanan terhadap ibu kandung sendiri.

Tidak hairanlah, lembu dilindungi oleh undang-undang India membuatkan penyembelihan lembu ditegah di kebanyakan tempat di negara tersebut.

Sumber: BBC

Terima kasih kerana membaca, komen la sikit.. ;)
EmoticonEmoticon